Jadual SPM 2023 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai perlaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023. Ia dikatakan bakal bermula lebih awal iaitu pada 5 Disember akan datang.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata pihak setakat ini setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa.

Media melaporkan bahawa peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan adalah selari dengan langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember diikuti dengan Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.

Sumber : Astro Awani

Tarikh & Jadual SPM 2023

Berikut dikongsikan tarikh terkini bagi Jadual SPM 2023 untuk makluman calon-calon serta ibu bapa.

Sila rujuk lampiran di bawah.

Jadual SPM 2023

Jadual SPM 2023

Sumber : Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh & Jadual SPM 2022/2023 (Ujian Bertutur, Mendengar & Amali)

Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023

Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023
Jadual SPM 2023

Jadual & Tarikh SPM 2022/2023 (Peperiksaan Bertulis)

Jadual SPM 2023

Penjadualan Semula Peperiksaan SPM

Arahan Umum Buat Calon

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Ibu bapa dan calon boleh muat turun jadual waktu peperiksaan SPM 2023 di pautan berikut :

Jadual Peperiksaan SPM 2023 (KPM)

Calon diingatkan supaya menyemak jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa serta butiran bagi kertas peperiksaan yang akan diambil.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!