Permohonan GIATMARA (Kemasukan Julai 2023)

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan GIATMARA 2023 ambilan Julai kini dibuka.

Pemohon yang berkelayakan boleh memohon dengan mudah secara atas talian.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program GIATMARA bagi ambilan 2023.

Baca Juga : Permohonan Politeknik Kolej Komuniti Sesi 2023/2024

Apa Itu GIATMARA?

GIATMARA adalah sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

Institusi ini ditubuhkan bagi menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mempelajari kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal.

Inisiatif ini sekaligus dapat memenuhi keperluan industri dan keperluan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

permohonan giatmara 2023

Kelebihan Yang Ditawarkan

Pelajar bakal memperoleh manfaat seperti berikut :

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan (Rintis Niaga)

Syarat-Syarat Permohonan GIATMARA 2023

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

Pemohon juga perlu pastikan :

  1. Permohonan dilakukan untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  2. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  3. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  4. Anda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  5. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online (rujuk lampiran PDF di bawah)

Cara Memohon

Anda boleh kemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

http://gspel.giatmara.edu.my/registration/semakmaklumat

Selain itu, anda juga boleh kemukakan permohonan secara manual dengan memuat turun dan cetak borang di bawah :

Borang Permohonan Sepenuh Masa

Borang yang telah diisi secara manual boleh dihantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Senarai Lokasi & Kursus

Lokasi serta kursus yang ditawarkan boleh disemak mengikut senarai pautan berikut :

Pensijilan

  • Sijil Profesional_GIATMARA
  • Sijil Kemahiran_GIATMARA
  • Sijil Modular_GIATMARA
  • Sijil Teknologi_GIATMARA
  • Sijil Kehadiran_GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan_GIATMARA
  • Sijil Perantisan_GIATMARA
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & 
Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran dan permohonan GIATMARA 2023, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau hubungi terus ibu pejabat GIAT MARA menerusi butiran berikut :  

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!