Pendaftaran SELVAX: Program Vaksin Selangor Walk-In 18 Tahun Ke Atas

Bagi penduduk di Negeri Selangor yang masih belum mendapat vaksin, anda boleh mendapatkan vaksin melalui walk-in di bawah Program Vaksin Selangor (SELVAX) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk makluman, SELVAX merupakan program vaksinasi di bawah kerajaan Negeri Selangor dengan sasaran untuk memberikan sebanyak 500,000 dos vaksin kepada orang ramai di negeri tersebut.

Tujuan utama pelaksanaan SELVAX ialah bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan negeri Selangor mencapai ‘herd immunity’ secepat mungkin.

Untuk mendapatkan vaksin ini secara walk-in, orang ramai perlu melaksanakan pra-pendaftaran dengan menggunakan kod baucer yang diberikan bermula pada 3-13 Ogos 2021 iaitu 9 pagi-6 petang.

Syarat Kelayakan

Orang ramai yang ingin mendaftar di bawah SELVAX perlu memenuhi syarat kelayakan seperti:

  1. Warganegara dan bukan warganegara yang menetap di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Belum mendapat temu janji melalui MySejahtera atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Lokasi PPV & Kod Baucer

Lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan terlibat dalam SELVAX dan kod baucer bagi warganegara adalah seperti berikut:

Lokasi PPVKod Baucer
Tropicana Gardens Mall (TGM),
Kota Damansara
SELVAXTGM
Evo Mall, Bandar Baru BangiSELVAXEVO
Hotel De Palma, Shah AlamSELVAXDEPALMA
Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
(3 Ogos hingga 9 Ogos sahaja)
SELVAXPKNS
Aurora Place, Bukit JalilSELVAXAURORA

Untuk bukan warganegara, lokasi PPV dan kod baucer adalah seperti berikut:

Lokasi PPVKod Baucer
Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
(10 Ogos hingga 13 Ogos)
SELVAXPKNS

Cara Mendaftar

Untuk membuat pra-pendaftaran bagi mendapatkan vaksin melalui SELVAX, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi SELANGKAH di Playstore dan Appstore.
  2. Klik butang ‘Vax.’
  3. Klik butang ‘Temujanji.’
  4. Klik butang ‘Semak Temujanji.’
  5. Klik kotak berwarna ungu.
  6. Masukkan kod baucer mengikut lokasi PPV yang berhampiran.
  7. Pilih tarikh yang diingni.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Orang ramai yang sudah membuat pra-pendaftaran boleh hadir ke PPV dengan membawa dokumen berikut:

  • Warganegara Malaysia: Kad pengenalan.
  • Bukan warganegara Malaysia: Passport.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.amirudinshari.com/posts/program-vaksin-selangor-selvax-komuniti-kini-dibuka-bagi-walk-in.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!