Semakan Tawaran Haji 2023 / 1444H & Surat Tawaran

Semakan tawaran haji 2023 M/1444H melalui THiJARI boleh dibuat mulai 22 Mac 2023. Selain itu juga untuk tahun ini, sebanyak 31,600 surat tawaran haji dikeluarkan untuk jemaah 2023 yang terpilih

Lembaga Tabung Haji (TH) menggalakkan semua bakal jemaah haji supaya segera menjawab tawaran haji yang telah dihantar kepada 31,600 bakal jemaah untuk musim haji 2023. Bakal jemaah haji boleh melayari laman web TH atau memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas menerima surat. Selain itu, semua jemaah haji yang terpilih perlu mencukupkan wang secukupnya ke dalam akaun TH dan mendapatkan Buku Rekod Rawatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, yang diperlukan untuk visa haji seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi

.

Surat tawaran ini akan di berikan secara berperingkat. Pemilihan bakal haji adalah sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Iaitu berdasarkan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.

Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan. Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram. Tahun ini pihak Kerajaan Arab Saudi tidak lagi menghadkan umur untuk tunai haji

Semakan Tawaran Haji 2023

semakan tawaran haji 2023

Tabung Haji mengumumkan bahawa semakan tawaran haji musim ini boleh dibuat mulai 22 Mac 2023  jam 12.00 tengah hari secara online menerusi melalui laman web rasmi TH atau memuatnaik aplikasi THiJARI 


Baca juga Kos Haji 2023 & Bantuan Kewangan

Cara Semakan Tawaran Daftar Haji 2023

Untuk semakan, para pendeposit TH boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut ;

  1. Login ke Portal THiJARI di pautan https://www.thijari.com.my
  2. Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI
  3. Klik SEMAK TAWARAN HAJI
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini

Surat Tawaran Haji

surat tawaran haji 2023

Kaunter TH Terpilih Dibuka Untuk Penerimaan Surat Tawaran Haji Pada Sabtu & Ahad, 25 & 26 Mac 2023

TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023. Untuk semakan pantas, para pendeposit digalakan untuk sentiasa membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI untuk tidak terlepas makluman daftar haji tahun ini. Ini kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Cara Menjawab Tawaran Haji di THiJARI

Bagi yang menerima tawaran, tahniah diucapkan. Langkah seterusnya adalah anda perlu menjawab tawaran haji dan memberi maklum balasa secara online menerusi THiJARI. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut ;

  • Layari portal https://www.thijari.com.my/
  • klik perkhidmatan haji
  • semak tawaran haji
  • semakan tawaran
  • klik ok
  • terima tawaran haji
  • kemaskini profil untuk mengemaskini maklumat peribadi dan klik berikutnya jika tiada perubahan
  • klik ya untuk teruskan proses
  • baca terma dan syarat menjawab tawaran
  • klik setuju dan klik ya
  • klik terima tawaran haji dan klik berikutnya
  • baca dan fahami maksud istito’ah.pilih setuju atau ditak setuju dan klik berikutnya
  • klik tambah ahli keluarga dan klik cari
  • klik berikutnya
  • klik tambah ahli keluarga
  • masukkan nombor akaun ahli keluarha dan klik cari
  • klik berikutnya
  • masukan pertalian aahli keluarga
  • pilih penerbangan,destinasai dan klik berikutnya
  • isi maklumat 2 orang waris terdekat di malaysia
  • klik berikutnya
  • baca dan fahami akta perlindungan data peribadi
  • klik perakuan dan klik berikutnya
  • semak paparan yang telah di kemaskini
  • klik perakuan dan klik mohon tac
  • masukkan nombor tac dan klik hantar
  • semak paparan yang telah dikemaskini
  • muat turun surat status

Pembatalan / Penundaan Pemergian Haji

Bakal haji yang telah menerima tawaran menunaikan haji tetapi terpaksa untuk menunda iaitu membatalkan pemergian haji disebabkan sebab-sebab tertentu, anda boleh mengemukakan permohonan mereka ke pejabat TH yang berhampiran dengan dikenakan caj pembatalan/ penundaan mengikut kadar tertentu.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menunda, peluang menunaikan haji pada tahun berikutnya adalah tertakluk kepada kekosongan dan tiada jaminan bakal haji akan ditawarkan semula untuk menunaikan haji.

Kadar denda yang dikenakan kepada bakal haji yang membatalkan atau membuat penundaan adalah mengikut kategori berikut:

  1. Kategori I 
    Denda pembatalan sebanyak 5% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah debit bayaran haji terlaksana. 
     
  2. Kategori II
    Denda pembatalan sebanyak 20% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah jadual penerbangan haji dikeluarkan.
     
  3. Kategori III
    Denda pembatalan sebanyak 40% daripada amaun bayaran haji akan didebit daripada akaun TH pendeposit sekiranya membatalkan pemergian haji setelah jadual penerbangan haji dikeluarkan dan visa haji diperuntukkan.

Syarat Kesihatan Tunai Haji 2023 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

semakan tawaran haji 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menetapkan bagi pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1444H/2023 sama seperti tahun 2022 yang lalu.

Keputusan ini, adalah disebabkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik. Walaupun Malaysia kini menuju ke fasa endemik

Keputusan KKM dan TH ini dibuat adalah sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan bagi memastikan bakal Jemaah haji dari Malaysia berada pada status kesihatan terbaik dari segi fizikal dan mental bagi melakukan ibadah haji

Antara kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah garis panduan ini antaranya menetapkan ;

  • Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40,
  • penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil,
  • tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.

Bakal haji juga disyorkan untuk melengkapkan vaksin COVID-19 (dos pertama, dos kedua dan perlu menggambil dos penggalak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama TH ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.

“Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.

Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,” tambah beliau.

Untuk lokasi senarai tempat pemeriksaan kesihatan seluruh negeri anda boleh semak di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/senarai-tempat-pemeriksaan-kesihatan. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan oleh pegawai/pakar perubatan yang disenaraikan mengikut tempat dan lokasi pemeriksaan kesihatan di seluruh negeri

Maklumat Lanjut Semakan Tawaran Haji 2023

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan tawaran haji 2023 atau ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Soalan Lazim F.A.Q

Bila surat tawaran haji dikeluarkan 2023?

TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 2023 bermula 22 Mac 2023

Adakah wanita bawah 45 tahun masih memerlukan mahram untuk menunaikan haji?

Bakal haji wanita boleh menunaikan ibadat haji pada tahun ini tanpa mahram.

Bagaimana untuk buat semakan haji 2023 melalui sms?

Untuk semakan anda boleh layari portal https://www.thijari.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!