Cermin Gelap JPJ 2023,Spesifikasi ,Peraturan & Cara Permohonan
Isu cermin gelap 2023, JPJ menegaskan perlu ikut spesikasi peraturan cermin gelap /tinted yang telah ditetapkan.
Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua pemandu dan pemunya berdaftar. Bagi kenderaan yang melanggar peraturan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan bagi kesalahan pertama
Spesifikasi Cermin Gelap JPJ 2023
Mengikut peraturan baharu terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai spesifikasi penggunaan cermin gelap/ tinted bagi kenderaan persendirian yang di benarkan adalah seperti berikut;
- Cermin depan mesti mempunyai Transmisi Cahaya Kelihatan (VLT) sebanyak 70%
- Tingkap sisi pemandu dan penumpang mesti mempunyai VLT sebanyak 50%
- Cermin depan belakang dan tingkap penumpang belakang boleh diwarnakan gelap sepenuhnya, tetapi kenderaan mesti dilengkapi dengan cermin pandang belakang di bahagian dalam
Peratusan di atas ialah tahap telus atau tembus cahaya, BUKAN peratusan gelap. Jika 70%, maknanya kadar gelap dibenarkan ialah 30% sahaja.
Alat pengukur Transmisi Cahaya Kelihatan (VLT)
Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 Terkini
Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 telah dikuatkuasakan pada 8 Mei 2019.
Pemandu yang melanggar mana-mana kaedah ini ;
Boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan dan dalam hal sabitan kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya
Bagi pemilik kenderaan boleh memohon menggunakan cermin yang lebih gelap untuk bahagian pemandu atas sebab khusus seperti keselamatan dan kesihatan.
Setiap permohonan atas faktor keselamatan dikenakan FI KESELAMATAN RM50
Permohonan yang diluluskan FI RM5,000 untuk tempoh 2 tahun dan perlu dipohon semula selepas tamat tempoh sah laku.
Permohonan Cermin Gelap JPJ
Semak peraturan: Sebelum permohonan kelulusan JPJ bagi penggunaan cermin gelap, adalah penting untuk menyemak peraturan yang ditetapkan oleh JPJ untuk memastikan tingkap gelap berada dalam had yang sah.
Isi borang permohonan: Borang permohonan Cermin Gelap JPJ dipanggil Borang CG1. Borang tersebut hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.
Hantar borang permohonan: Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke pejabat JPJ & Cawangan.
Bayar yuran: Terdapat bayaran sebanyak RM5,000 untuk sijil pematuhan daripada JPJ
Tunggu kelulusan: Selepas menghantar borang permohonan dan membayar yuran, pemohon perlu menunggu kelulusan daripada JPJ.
Pasang tingkap berwarna: Setelah permohonan diluluskan, tingkap berwarna boleh dipasang pada kenderaan.
Prosedur Permohonan Cermin Gelap JPJ
Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ & Cawangan
Pemohon menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC);
- Salinan Sijil Kelulusan Cermin Gelap (bagi permohonan pembaharuan dan pertukaran)
Permohonan JPJ bagi penggunaan cermin gelap bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon
Permohonan atas alasan kesihatan dan keselamatan perlu disertakan dengan dokumen sokongan
Pemohon dan pemilik kenderaan tidak mempunyai apa-apa kes yang belum selesai dengan JPJ dan PDRM berhubung dengan apa-apa pelanggaran Akta APJ, ALPKP, APAD dan lain-lain Akta yang berkaitan; dan
Permohonan penggunaan cermin gelap JPJ hanya dibenarkan kepada kenderaan yang didaftar atas nama pemohon sahaja.
Jika kenderaan bukan hak milik pemohon, dokumen / surat hubungan dengan pemilik kenderaan perlu dikemukakan (contoh : sijil lahir / sijil perkahwinan dan lain-lain yang berkaitan).
Permohonan Berasakan Kesihatan
Bagi permohonan JPJ untuk penggunaan cermin gelap kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat, pemohon dikehendaki mengemukakan;
- Laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pakar Perubatan Hospital Swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menyatakan jenis atau nama penyakit secara spesifik (laporan perubatan yang terkini); dan
- Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.
- Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas permohonan berasaskan kesihatan
Permohonan Berasakan Keselamatan
Kenderaan milikan persendirian individu / persendirian syarikat:
- Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu)
- Pemohon dikehendaki mengemukakan Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar
- Fi Permohonan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan.
- (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
- Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap.
- (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan); dan
Kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan
- Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan.
- (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan); dan
- Fi Perakuan tidak dikenakan ke atas permohonan kenderaan milikan Kerajaan/sewaan Kerajaan
Kenderaan milikan kakitangan Kedutaan / Kedutaan;
- Surat permohonan daripada Kedutaan; dan
- Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan. (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
- Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan).
- Kelulusan yang telah tamat tempoh sah laku perlu membuat permohonan baru dua (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti yang telah dinyatakan dan bayaran fi dijelaskan
Permohonan Pertukaran Kelulusan Cermin Gelap
Pertukaran kelulusan JPJ bagi penggunaan cermin gelap mestilah atas sebab berikut;
- Pemilik kenderaan motor membuat tukar ganti (interchange) nombor pendaftaran kenderaan motor; atau
- Pemilik kenderaan motor membuat penukaran kepada mana-mana kenderaan motor yang dimilikinya
- Pemohon dikehendaki mengemukakan Sijil Perakuan kelulusan kenderaan terdahulu
- Tempoh sah laku kelulusan terdahulu tidak kurang daripada 6 bulan dari tamat tempoh kelulusan
- Sekiranya tempoh sah laku kelulusan terdahulu melebihi 6 bulan, pemohon perlu membuat permohonan baru;
- Sekiranya permohonan diluluskan, tempoh tamat sah kelulusan adalah mengikut tempoh tamat kelulusan terdahulu;
- Fi permohonan dikenakan sebanyak RM50.00 bagi setiap permohonan. (tidak akan dikembalikan sekiranya pemohon membuat pembatalan permohonan atau tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan);
Proses Permohonan Cermin Gelap JPJ
Bayaran Fi Permohonan cermin gelap sebanyak (RM 50.00) boleh dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau secara atas talian di Portal Awam JPJ di pautan https://public.jpj.gov.my/
Jawatankuasa Khas akan meneliti dan menyemak setiap permohonan yang diterima sebelum diangkat kepada YB Menteri untuk pertimbangan
Surat keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ kepada pemohon secara pos berdaftar;
Bagi permohonan cermin gelap yang telah mendapat keluluskan JPJ, Pembayaran Fi perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau secara atas talian di Portal Awam JPJ di pautan https://public.jpj.gov.my/; dan
Sijil Perakuan kelulusan JPJ pengunaan cermin gelap akan di serahkan kepada pemohon secara pos berdaftar atau pemohon boleh hadir sendiri ke Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ untuk penyerahan sijil.
Alamat ;
Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Aras 3, Jalan Tun Hussein Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 61200 PUTRAJAYA. (No. Tel : 03-88928194 / 8186 / 8835)
Jumlah Bayaran JPJ Bagi Permohonan Penggunaan Cermin Gelap
PERMOHONAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP |
JENIS PERMOHONAN |
BAYARAN FI |
TEMPOH KELULUSAN |
||
---|---|---|---|---|---|
PERMOHONAN |
PERAKUAN |
||||
Kesihatan | Kenderaan Persendirian Individu / Persendirian Syarikat |
Baharu |
Tiada |
Tiada |
2 tahun |
Pembaharuan |
|||||
Pertukaran |
|||||
Keselamatan | Kenderaan Persendirian Individu / Persendirian Syarikat |
Baharu |
RM 50.00 |
RM 5,000.00 |
5 tahun |
Pembaharuan |
RM 50.00 |
RM 5,000.00 |
|||
Pertukaran |
RM 50.00 |
Tiada |
|||
Kenderaan Milikan Kerajaan |
Baharu |
RM 50.00 |
Tiada |
2 tahun |
|
Pembaharuan |
|||||
Pertukaran |
|||||
Kenderaan Persendirian Individu Kedutaan / Milikan Kedutaan |
Baharu |
RM 50.00 |
RM 5,000.00 |
5 tahun |
|
Pembaharuan |
RM 50.00 |
RM 5,000.00 |
|||
Pertukaran |
RM 50.00 |
Tiada |
Siaran Media JPJ Peraturan Penggunaan Cermin Gelap
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan peraturan JPJ berkaitan cermin gelap, anda boleh hubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi website https://www.jpj.gov.my/ atau laman sosial media JPJ di ;
- Facebook : https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia
- Instagram : https://www.instagram.com/jpjmalaysia
- Twitter / X : https://twitter.com/jpj_malaysia
Baca juga : Kaedah Permohonan Stiker / Pelekat OKU di JPJ