CCID PDRM | Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online

CCID PDRM

CCID PDRM | Cara Semak Nombor Telefon Scammer Online ~ Untuk makluman, beribu-ribu kes telah dilaporkan melibatkan scammer gagal mendapat penyelesaian. Oleh itu, orang ramai digesa agar sentiasa berhati-hati ketika membuat sebarang transaksi dalam talian khususnya.

Antara kaedah penting yang perlu anda ambil tahu melakukan pembayaran transaksi secara dalam talian adalah, pastikan anda sentiasa; 

  • Menyemak nombor telefon yang digunakan 
  • Menyemak nombor akaun yang digunakan

Hal ini kerana, kebiasaannya, seorang scammer akan menggunakan nombor telefon yang sama (atau beberapa nombor telefon) bagi menjalankan penipuan mereka. Dengan itu, anda dapat mengesan sekiranya terdapat sebarang keraguan pada no telefon atau no akaun yang digunakan. 

CCID PDRM

CCID merupakan singkatan bagi Commercial Crime Investigation Department atau Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial.

Pihak PDRM mempunyai pangkalan data nombor telefon dan nombor akaun yang diwujudkan berdasarkan maklumat daripada laporan yang diterima oleh mangsa-mangsa penipuan secara online ini dalam portal CCID mereka.

Anda boleh mengakses Portal CCID melalui pautan berikut bagi tujuan untuk semak scammer

Langkah Menyemak Nombor Telefon (Scammer)

  1. Untuk menyemak sebarang no telefon yang mencurigakan, sila layari portal CCID seperti pautan di atas. 
  1. Kemudian, pilih kategori Nombor Telefon.
  1. Masukkan nombor telefon yang ingin disemak.
  1. Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan.
  1. Klik “Semak Maklumat”

Maklumat berikut akan dipaparkan:

  • “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
  • Sekiranya nombor telefon tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor telefon baru.

Langkah Menyemak Nombor Akaun (Scammer)

  1. Untuk menyemak sebarang nombor akaun yang mencurigakan, sila layari portal CCID seperti pautan di atas. 
  1. Kemudian, pilih kategori Akaun Bank.
  1. Masukkan Nombor Akaun Bank yang ingin di semak.
  1. Masukkan Captcha seperti dalam gambar yang dipaparkan untuk tujuan pengesahan.
  1. Klik “Semak Maklumat”.

Maklumat berikut akan dipaparkan:

  • “Tiada Laporan Diperolehi” – Sekiranya nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam pangkalan data PDRM
  • Sekiranya nombor Akaun Bank tersebut pernah dilaporkan, laporan mengenainya akan dipaparkan.

Nota: Walaupun berkemungkinan nombor Akaun Bank yang dimasukkan tidak terdapat dalam sistem CCID, anda tetap perlu berwaspada kerana scammer berkemungkinan besar menggunakan nombor akaun orang lain sebagai tumpangan bagi menerima duit anda.

Aplikasi CCID

Sekiranya anda kerap melakukan transaksi secara online, anda boleh memuat turun aplikasi CCID secara percuma melalui Google Play – Untuk Android.

CCID PDRM
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!