BINGKAS: Permohonan Bantuan RM300/ bulan Untuk Keluarga Yang Layak

BINGKAS: Permohonan Bantuan RM300/bulan Untuk Keluarga Yang Layak ~ Sukacita dimaklumkan, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November yang lepas, pihak kerajaan negeri Selangor mengumumkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, iaitu BINGKAS. 

Pakej bantuan ini mempunyai peruntukan sebanyak RM108 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 30,00 keluarga yang layak termasuk ibu tunggal. 

BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam mendepani cabaran pascapandemik. 

Melalui bantuan ini, setiap keluarga yang layak (termasuk ibu tunggal) akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama setahun. Ini bermaksud jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,600 setahun. 

Pakej bantuan ini telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022. 

BINGKAS

Bantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Februari 2022 bagi membantu keluarga yang layak untuk membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak mereka. 

Cara Membuat Permohonan BINGKAS

Tarikh permohonan dan cara membuat permohonan serta syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pakej bantuan BINGKAS ini akan di kemaskini dari masa ke semasa.

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat

Dalam pembentangan tersebut, Program Pembelajaran Sepanjang Hayat turut diperkenalkan. 

Program ini menawarkan biasiswa (RM200,000 setahun) bagi membantu wanita di negeri ini (Selangor) untuk menyambung pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana dalam pelbagai bidang.

Program ini adalah merupakan inisiatif bawah Wanita Berdaya Selangor dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia. 

Di samping itu, kerajaan negeri Selangor juga menyediakan pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun mulai 2022 bagi mempercepat proses pemulihan ekonomi pasca pandemik dan memacu agenda negeri. 

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022, antara golongan yang menerima manfaat ialah; 

  • Penjawat Awam
  • Ibu dan kanak-kanak
  • Golongan B40
  • Wanita 
  • Usahawan 
  • Penghantar Makanan dan Barangan 
  • Orang Asal 
  • Belia & Penggiat Sukan 
  • Warga Emas
  • Penggiat Seni Budaya 

Anda boleh rujuk senarai ringkasan penerima manfaat Belanjawan Selangor 2022 berdasarkan jadual infografik di bawah:

Sumber: SelangorKini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!