Diskaun Saman Trafik PDRM Sempena Hari Polis ke-216

Dapatkan Diskaun Saman Trafik PDRM 50-60% Khas Bulan Sempena Hari Polis ke-216 ~ Melakukan kesalahan undang-undang jalan raya akan menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang, antaranya ialah saman. 

Adalah satu kewajiban bagi pengguna jalan raya untuk membayar saman atas kesalahan jalan raya yang dilakukan.

Sekiranya anda mempunyai saman trafik, mungkin inilah masa yang anda tunggu-tunggu!

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya, pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kini menawarkan pengurangan kadar kompaun saman atau diskaun sehingga 60% bermula dari 20 hingga 31 Mac 2023.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai diskaun khas yang ditawarkan.

Saman Trafik

Diskaun Saman Trafik / Pengurangan Kompaun Yang Tidak Ditawarkan

Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 60% untuk semua jenis saman kecuali:

  • Kemalangan
  • Kesalahan bicara mahkamah (M)
  • Saman berstatus waran (W)
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
  • Memotong secara berbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
  • Tidak patuhi isyarat lampu merah
  • Memotong di garisan berkembar
  • Kesalahan pengubahsuaian ekzos
  • Saman berstatus OP selamat

Kaedah Pembayaran Saman

Untuk mendapatkan diskaun sehingga 60%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.

Selain ke kaunter, anda juga boleh buat pembayaran melalui laman web dan aplikasi MyBayar Saman.

Baca Juga : Mybayar Saman Cara Semak & Bayar Saman PDRM Secara Online

Cara Menyemak Saman Secara Atas Talian (Online) 

saman trafik

Tidak mahu beratur panjang di kaunter? Anda kini boleh membuat urusan pembayaran saman dengan lebih mudah secara atas talian.

Anda boleh menyemak status saman anda dan buat pembayaran secara online menggunakan perkhidmatan digital, MyBayar Saman. 

Perkhidmatan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Sekiranya anda merupakan pengguna baharu, anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman dengan melayari https://mybayar.rmp.gov.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi MyBayar Saman menerusi :

Google Playstore

Apple App Store

Huawei Appstore

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan diskaun khas pada waktu terhad ini bagi pembayaran kompaun saman yang dibenarkan.

Untuk keterangan lanjut mengenai diskaun yang ditawarkan, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  atau hantarkan emel ke alamat [email protected].

Cawangan Pengurusan Saman,
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.00AM – 4.30PM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!