Semakan BKM |  Tarikh Bayaran BKM Masuk Fasa 1 (28 Mac 2022)

SEMAKAN BKM

Semakan BKM |  Tarikh Bayaran BKM Masuk Fasa 1 (28 Mac 2022) ~ Sukacita dimaklumkan, tarikh bayaran BKM telah diumumkan!

Penyaluran bkm fasa 1 akan bermula pada 28 mac 2022 secara berperingkat. 

Semakan BKM

BKM, Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah inisiatif pihak kerjaan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan pasca COVID19. Terdapat lebih kurang 8.6 juta penerima akan mendapat RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Bagi memastikan tiada yang tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penelitian terperinci telah dilaksanakan oleh LHDN. ⠀Difahamkan terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh LHDN untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh rasmi pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan 28 Mac 2022.

Semakan BKM

Kaedah Pembayaran

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank; 28 Mac 2022

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank; 30 Mac 2022

Semakan Status BKM Fasa 1

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk mengetahui cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

  • Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  • Klik [LOG MASUK BKM].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  • Klik [Semak].
  • Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  • Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
  • Sila masukkan Kata Laluan anda.
  • Klik [Log Masuk].
  • Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
  • Klik Menu [Semakan Status].
  • Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  • Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  • Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  • Selesai.

NOTA: Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru

 Jadual Pembayaran BKM 2022

Fasa 1 : 28 Mac 2022 

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2: Jun 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas 
  • Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3 : September 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4 : Disember 2022

  • Isi rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan berikut:  https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Article

PTTS 2.0 : Kit Program Transisi Tahun 1 KPM Sesi 2022 / 2023

Next Article

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Siri 2 Untuk Peniaga Luar Bandar B40 WP Labuan

Related Posts