Cara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)

Cara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)

Setiap warganegara yang berkelayakan mempunyai hak untuk memilih kerajaan bagi memerintah negara menerusi pemilihan wakil rakyat sebagai wakil di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sebelum mengundi, anda perlu mendaftar untuk memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Sekiranya nama tiada dalam sistem daftar, anda tidak boleh mengundi.

Jadi, bagaimana untuk semak pendaftaran? Pastinya ramai yang ingin membuat semakan memandangkan pembubaran Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri bagi beberapa negeri telah dumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini.

Semuanya boleh dilakukan dengan mudah secara atas talian melalui portal MySPR Daftar. Di sini kami ingin kongsikan dengan lebih lanjut mengenai cara semak tempat mengundi PRN serta kaedah pendaftaran untuk mengundi.

Baca Juga : PRN 2023 Malaysia Tarikh Pilihan Raya 6 Negeri Terlibat

Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) Terkini

Dalam sebuah mesyuarat khas, SPR telah mengumumkan kekosongan kerusi berikutan pembubaran iaitu :

  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan

SPR juga telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  • Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu)
  • Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR

Syarat kelayakan bagi mendaftar sebagai pemilih adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

Cara Semak Tempat Mengundi PRN 2023 (MySPR Semak)

Para pengundi bagi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian bagi mengetahui maklumat pusat mengundisaluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).

Berikut dikongsikan cara semak tempat mengundi menerusi portal MySPR :

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Cara Semak Tempat Mengundi

Di samping itu, anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Cara Semak Tempat Mengundi
Cara Semak Tempat Mengundi

Cara Daftar / Buka Akaun Baru Untuk Mengundi

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk permohonan akaun baru :

Langkah 1 : Permohonan Akaun Pengguna

  1. Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
  2. Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
  3. Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
  4. Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan

5. Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.

6. Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

7. Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.

8. Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

Untuk panduan memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.

Cara Semak Tempat Mengundi

Langkah 2 : Aktifkan Akaun Pengguna

Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.

Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Langkah 3: Isi Borang A

  • Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
  • Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
  • Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
  • Anda juga boleh rujuk manual di bawah untuk maklumat lanjut.

Cara Tukar Alamat Bagi Tempat Mengundi Secara Online

Kaedah pertukaran bahagian pilihan raya / tempat mengundi SPR adalah seperti berikut :

  1. Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
  5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.

Cara Daftar Sebagai Pengundi Secara Manual

Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:

  1. Kaunter Pendaftaran Pemilih
    Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
  2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
  6. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:

https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr

Cara Mohon Tukar Alamat di MyKad

Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

Anda boleh rujuk maklumat yang dikongsikan oleh JPN berdasarkan infografik di bawah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai prosedur pendaftaran serta undian, sila layari https://www.spr.gov.my/

Anda juga boleh hubungi SPR di No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018 atau ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!