Baucar Perlindungan Tenang B40: Cara Membuat Semakan Status & Penebusan

Baucar Perlindungan Tenang B40: Cara Membuat Semakan Status & Penebusan ~ Sukacita dimaklumkan, Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 masih lagi diteruskan tahun ini (2022) dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75

Baucar Perlindungan Tenang B40

Baucar Perlindungan Tenang B40 adalah skim bantuan kewangan di mana baucar sebanyak RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Hal ini kerana, penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40. Baucar ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

NOTA: Baucar ini diperuntukkan khas kepada golongan B40 dan akan diteruskan tahun ini dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.

Baucar Perlindungan Tenang B40

Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Melalui inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang B40 untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Baucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.

Disamping itu, pihak kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

  • Baucar Perlindungan Tenang B40

Syarat Kelayakan

  • Layak untuk penerima BPR sahaja
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang

Baucar Perlindungan Tenang B40

Untuk menyemak, semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

  • SEMAKAN MANUAL: Sila kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
  • SEMAKAN ONLINE: Sila layari laman web : www.myPTV.my

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau, ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: www.myptv.my atau, www.mycoverage.my

Anda juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian: 03 7723 9333

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!