AMANAH SAHAM BUMIPUTERA: Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021 & Penangguhan Urusniaga

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA: Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021 & Penangguhan Urusniaga ~ Seperti kebiasaannya, menjelang hujung tahun pengumuman dividen ASB adalah perkara yang ditunggu-tunggu bagi setiap pemegang unit/pelabur.

Untuk tahun lalu, jumlah agihan adalah sebanyak 4.25 sen (dividen) manakala untuk tahun ini belum diumumkan lagi. Adakah dividen tahun ini lebih tinggi atau lebih rendah daripada tahun lalu, sama-sama kita nantikan. 

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2021

Pihak ASNB masih belum mengumumkan tarikh rasmi tentang pengagihan pendapatan ASB untuk tahun ini. Kemungkinan besar dijangkakan, dividen (pendapatan) Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan diumumkan pada minggu keempat Disember seperti tahun lepas (pada 23 Disember 2020).

Tarikh Penangguhan Urusniaga AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

Melalui laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),  adalah dimaklumkan bahawa penangguhan urusniaga ASB bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.

Sila daftar MYASNB untuk semakan baki, dividen dan lain-lain secara atas talian untuk memudahkan anda. 

Bagi membolehkan Pemegang Unit membuat urusniaga dalam talian serta menerima penyata secara elektronik, Pemegang Unit juga dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mail di ejen-ejen atau cawangan ASNB.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad di pautan berikut: 

Untuk makluman, penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB di pautan: www.asnb.com.my

Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!