Cara Permohonan Skim Halimatul Saadiah ~ Bantuan Untuk Pengasuh di Rumah
Berita baik untuk pengasuh di negeri Kelantan Skim Halimatul Saadiah untuk pengasuh di rumah dibuka untuk permohonan 2022
Seramai 300 orang pengasuh telah mendapat manfaat dari penganjuran ini pada tahun 2015, 2016 dan 2019.
Tarikh tutup permohonan 18 Ogos 2022. Bantuan ini diuruskan oleh kerajaan Negeri Kelantan di bawah Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita
Cara Permohonan Skim Halimatul Saadiah,Borang permohonan dan maklumat berkaitan bantuan ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 18 Ogos 2022
Kelebihan Skim Halimatul Saadiah
Setiap ahli pengasuh yang layak menerima bantuan ini akan menerima kelebihan dan maafat seperti :
- Kursus disediakan.
- Bantuan wang tunai secara “One Off” sebanyak RM300.00.
- Group Whatsup bersama pengasuh di seluruh Negeri Kelantan
Syarat Kelayakan
Untuk melayakan anda menerima bantuan ini, permohonan mestilah ;
- Warganegara Malaysia dan bermaustautin di Kelantan.
- Berumur 25 tahun ke atas.
- Sedang mengasuh sekurang-kurangnya 2 orang bayi atau kanak-kanak dirumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira).
- Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang-kurangnya 1 tahun.
- Berminat untuk terus menjadi pengasuh di rumah.
Cara Permohonan Skim Halimatul Saadiah
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1qOqvr7Bb3GKqkf4rn3Ke7emCKahniXdT/view?fbclid=IwAR30EpGt6wyjSzai36752GtRMebpq8gY8sUw2XOhcbRJ-s-u5Q-tAxAagC4.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui serahan tangan, pos, faks atau email ke alamat:
Unit Pembangunan Keluarga,
Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan
Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
No. Faks : 09-7481959
Alamat email : [email protected]
Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen berikut perlu disertakan bersama borang permohonan;
- Borang permohonan yang lengkap.
- 1 keping gambar pemohon (saiz paspot@3R).
- 1 keping gambar tempat mengasuh berserta kanak-kanak yang dijaga.
- 1 keping salinan kad pengenalan pemohon.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan mengenai Skim Halimatul Saadiah, anda boleh layari facebook https://www.facebook.com/ukekwa atau hubungi Unit Pembangunan Keluarga ditalian 013-9836915 atau 09-7476568.