Permohonan Bantuan AM Kebajikan MAINS

Permohonan bantuan AM kebajikan MAINS dibuka sepangajng masa untuk orang islam Negeri Sembilan yang kurang berkemampuan dan layak untuk memohon bantuan zakat. Bantuan ini termasuklah bantuan yang berkenaan

  • bil untiliti (TNB/SAINS)
  • tunggakan/deposit rumah
  • sara hidup
  • lain-lain

Kadar Bantuan AM Kebajikan MAINS

Kadar bantuan dan jenis bantuan akan di tentukan oleh pihak Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan MAINS, selepas semakan permohonan di buat

Syarat Permohonan

  1. Permohonan mestilah dibuat atas nama KETUA KELUARGA.
  2. Sila isi borang dengan JELAS dan LENGKAP menggunakan HURUF BESAR.
  3. Permohonan yang tidak jelas/ tidak lengkap/ mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.
  4. Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.
  5. Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa Masjid atau Pengerusi MPKK tempat tinggal pemohon.

Dokumen Yang di perlukan

Berikut merupakan dokumen yang perlu disediakan untuk memohon Bantuan Am ini.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjaga
  • Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika ada
  • Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang TERKINI
  • Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank ( milik pemohon )
  • Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen Nelayan
  • Salinan Penyata KWSP
  • Penyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan Rumah
  • Sebutharga barang dari kedai (jika berkenaan)

(Semua Salinan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/Pengerusi MPKK)

Cara Permohonan AM Kebajikan MAINS

Bagi anda yang memerlukan bantuan ini, berikut langkah-langkah cara permohonan;

  • Dapatkan borang bantuan kebajikan am di pejabat baitulmal berhampiran atau anda juga boleh muat turun borang permohonan di pautan ini
  • Isi maklumat dan lengkapkan borang permohonan
  • Anda juga perlu menulis sebab kenapa anda memerlukan Bantuan Am MAINS.
  • Hantar borang permohonan dan salinan dokumen borang yang perlu disertakan ke pejabat baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan berhampiran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjutmengenai Bantuan AM Kebajikan MAINS, anda boleh layari webstie https://www.mains.gov.my/ atau anda juga boleh hantarkan pertanyaan melalui emel ke [email protected] atau hubungi talian 06-765 1402 / 06-765 1405 / 06-762 0648.

Senarai bantuan lain untuk penduduk negeri Sembilan ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!