Program Jumper PUNB 2023 : Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Sertai Program Jumper PUNB 2023. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mempelawa graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Sukacitanya, permohonan Program Jumper PUNB kini dibuka untuk sesi pengambilan bulan Febuari 2023. Kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Program ini adalah merupakan sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Mentor perniagaan: Usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

PUNB merupakan  syarikat di bawah Jabatan Perdana Menteri. ditubuhkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta membangunkan Komuniti Komersial dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) yang dinamik, berdaya tahan, progresif

Senarai Mentor boleh dirujuk dalam senarai di bawah:

Program Jumper PUNB 2023

program jumper punb 2023

Sasaran program ini adalah graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Antara objektif utamanya, untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

Setakat ini sahaja terdapat lebih kurang 89 senarai mentor dari pelbagai industri yang telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam program ini bagi melatih graduan yang berminat

Syarat-Syarat Kelayakan 

Tidak semua permohonan akan diterima. Graduan yang berminat haruslah memenuhi syarat-syarat minima seperti yang berikut, sebelum di panggil untuk proses temuduga saringan kelayakan. Antara syarat-syarat kelayakan pemohon:

  • Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang Perniagaan
  • Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat Mentor yang terpilih
  • Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri
  • Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
  • Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
  • Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan

Keistimewaan Program

Bukan sekadar mendapat latihan keusahawanan secara terus tentang bidang indsutri yang anda minati, malah program ini turut menawarkan kelebihan-kelebihan yang berikut kepada calon yang terpilih. Sekiranya anda berjaya menyertai program ini, antara keistimewaan/kelebihan yang akan diperoleh adalah: 

  • Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  • Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari ilmu perniagaan dari Mentor yang berpengalaman
  • Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini
  • Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program
  • *Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak.
  • Pembiayaan patuh syariah

* Tertakluk kepada terma & syarat

Proses Permohonan

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan disaring
  2. Menghadiri temuduga panel (PUNB & Mentor)
  3. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
  4. Proses penempatan & kelulusan
  5. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
  6. Peserta lapor diri & latihan bermula

Cara Permohonan Program Jumper PUNB 2023

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Untuk memohon, sila layari pautan berikut: https://www.punbbiz.com.my/jumper
  2. Kemudian, klik ‘DAFTAR SEKARANG’. 
  3. Ikuti arahan selanjutnya yang tertera di laman web tersebut. 

Panduan Permohonan

Sebelum Mengemukakan Permohonan:

  • ​Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.
  • ​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  • Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan:

  • ​Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  • Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  • Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  • Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
  • ​Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.

Permohonan akan ditutup pada: 23 Disember 2022.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Program Jumper PUNB 2023, sila layari laman web rasmi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di pautan berikut: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!