GBP Tekun UKM : Program Latihan Keusahawanan Graduan

Berita baik pendaftaran GBP Tekun UKM buat graduan lepasan 2019 – 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan dan berminat untuk berniaga masih dibuka  

Anda kini boleh menyertai Gaduate Business Program  (GBP) anjuran Tekun Nasional dengan kerjasama UKM. Peserta program berpeluang untuk menerima bantuan sehingga RM100,000 bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

GBP merupakan program latihan asas keusahawanan khusus kepada graduan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ilmu dan kemahiran keusahawan serta dunia perniagaan.

Peserta yang mengikuti akan dilatih untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada Tekun Nasional bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

Graduan yang berminat boleh membuat permohonan dan penyertaan hanya dibuka kepada 500 peserta terawal sahaja.

Objektif Program GBP Tekun UKM

gbp tekun nasional ukm

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:

  • Membudayakan keusahawanan kepada graduan selepas tamat pengajian.
  • Melahirkan graduan usahawan muda digital yang memacu ekonomi negara.
  • Memastikan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan.

Kumpulan Sasaran

Terbuka kepada graduan sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana tahun 2019 – 2022 yang masih belum mendapat pekerjaan

Cara Pelaksanaan Program

  • Latihan akan dibuat secara online
  • Sesi latihan ke premis usahawan terpilih akan diadakan berdasarkan situasi COVID-19

Tempoh Latihan Prgram GBP Tekun UKM

Tempoh kursus adalah selama sembilan (9) hari.

Kelebihan

  • Penyertaan ini PERCUMA sahaja, tiada yuran di kenakan Tiada sebarang yuran dikenakan. Hanya komitmen, keazaman dan kesungguhan untuk mengubah nasib diri sahaja yang diperlukan.
  • Peserta akan dilatih oleh Master Trainer berpengalaman dalam industri
  • Peserta berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan TEKUN Nasional sehingga RM100,000 bagi memulakan perniagaan dan menjadi usahawan berjaya.

Cara Permohonan

  1. Permohonan adalah secara online sahaja.
  2. Borang permohonan boleh didapati dengan cara scan QR code pada gambar iklan atau
  3. Klik pautan permohonan iaitu https://bit.ly/gbpTEKUN.
  4. Baca maklumat program.
  5. Lengkapkan semua maklumat penyertaan.
  6. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  7. Klik “Submit” untuk menghantar penyertaan.

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai GBP Tekun Nasional UKM, sila hubungi UKM-Karier di talian 03-89214535 atau menghantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!