Liga Super 2023 – Tarikh, Jadual Perlawanan & Carta Terkini

Jadual Liga Super 2023 masuk perlawan LS3. Dengan Sabah masi mengunguli carta diikuti Selangor naik satu anak tangga di atas Johor Darul Ta’zim. Siaran langsung dan Live Stream juga boleh d lihat menerusi rakan rasmi penyiar di Astro Arena Bola, Astro GO dan di platform RTM.

jadual liga super 2023

Jadual Carta Kedudukan Liga Super 2023

PosPasukanPMSKJGGBPGMt
1Sabah220071+66
2Selangor220060+66
3Johor Darul Ta’zim220050+56
4Kedah Darul Aman220051+46
5Sri Pahang211052+34
6Kuching City210126−43
7Pulau Pinang20202202
8Negeri Sembilan20201102
9Kuala Lumpur City201125−31
10Perak201114−31
11PDRM201104−41
12Kelantan United200214−30
13Terengganu200203−30
14Kelantan200226−40

Berikut pula senarai penjaring terbanyak LIGA SUPER L2

  • Miguel Cifuentes 2 gol (Kelantan FC)
  • Noor Al-Rawabdeh 2 gol (Selangor FC)
  • Park Tae-su 2 gol (Sabah FC)
  • Paulo Josue 2 gol (KLCity FC)
  • Saddil Ramdani 2 gol )Sabah FC)

Semakin terasa, tarikh jadual perlawanan liga super 2023 juga dilihat telah dirombak semula kepada format asal. Sebagai pembuka tirai kanca liga Malaysia perlawanan esok di antara JDT dan Terengganu FC bagi merebut piala sumbangsih 2023

MFL dilihat lebih tersusun dan lebih bersedia untuk musim 2023 dengan banyak pembaharuan dan penstukturan semula liga bola sepak Malaysia.

Dengan pembaharuan dan penstukturan Liga Malaysia 2023 oleh Malaysian Football League (MFL) . liga bola sepak profesional tanah air akan berada pada satu tahap yang lebih kedepan dan semsetinya akan  lebih berdaya saing dan mengubah satu atmosfera baru untuk peminat-peminat bola sepak Malaysia

Format Liga

Bagi musim 2023, MFL telah membuat rombakan untuk menstukturkan semula semula piramid bola sepak domestik yang lebih bersesuain dan mengikuti penaik tarafan arus permodenan bola sepak, termasuk dari aspek komersial dengan lebih menumpukan keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim ini

Antara pembaharuan yang telah dibuat ;

  1. Liga Super pada awalnya memperuntukan 16 slot penyertaan membabitkan 18 kelab berbanding hanya 12 kelab sejak 2013. Namun hanya 14 pasukan beraksi musim ini selepas dua kelab Liga Super musim lalu, PJ City FC dan UiTM FC sah tidak akan bertanding.
  2. Liga Simpanan (Reserve League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi jambatan untuk memperbaiki jurang pembangunan dilihat dalam struktur liga tempatan. Liga Simpanan ini juga bertindak sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super. Dengan itu, konsep Reserve Team akan berakhir dan kesemua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23) dan ini sekali gus akan memberi daya saing lebih seimbang kepada semua pasukan.
  3. Kuota pemain import sejajar dengan pergerakan AFC tetapi juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang sambil memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan di dalam sesebuah liga elit kebangsaan juga diutamakan serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.

Kuota Pemain Import Untuk Liga Malaysia 2023

Kuota pemain import Liga Malaysia menimbulkan sedikit percanggahan semasa dimana Kelab yang tiada pasukan Reserve hanya menpunyai 5 pemain import berbanding dengan Kelab yang mempunyai pasukan Reserve yang menpunyai peluang memilih daripada 9 pemain import setiap perlawanan.

Untuk melaraskan isu berkenaan, MFL dengan mengambil kira pertukaran terbaharu kuota pemain import yang dimaklumkan AFC iaitu hanya enam pemain import (5+1) dibenarkan, MFL telah menetapkan format baharu pendaftaran sembilan (9) pemain import diberikan kepada kesemua pasukan Liga Super bagi musim 2023 ini.

Walaupun MFL akan mengikut ketetapan AFC dalam pengunaan 6 pemain import namun MFL masih kekal dengan hanya menbenarkan 5 pemain import (iaitu 3+1 (Asia)+1 (ASEAN)) diatas padang dalam satu-satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan bagi menjaga slot pemain tempatan di atas padang tidak terjejas.

Sebelum ini penggunaan sembilan pemain import hanya melibatkan pasukan yang memiliki pasukan simpanan (Reserve Team) tetapi kini kuota itu sama rata kepada kesemua 18 pasukan.

Bagaimanapun penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan bergantung kepada kesesuaian dan percaturan pasukan masing-masing.

MFL masih akan menguatkuasakan penggantian lima (5) pemain semasa perlawanan seperti yang dilaksanakan tahun lalu dan tahun ini. Peluang lima (5) pengantian pemain dilihat sebagai satu unsur positif dimana ‘intensity’ perlawanan dikekalkan dan juga pemain muda diberikan peluang dan kepercayaan.

Senarai 14 Pasukan Bertanding Liga Super 2023

liga super 2023 senarai pasukan

Secara rasminya berikut senarai kelab yang akan bertanding bagi menentukan siapakah yang akan menjuarai liga super 2023 ini ;

  1. Johor Darul Ta’zim (JDT)
  2. Terengganu FC
  3. Sabah FC
  4. Negeri Sembilan FC
  5. Selangor FC
  6. Kuala Lumpur City FC
  7. Sri Pahang FC
  8. Kedah Darul Aman FC
  9. Penang FC
  10. Kelantan FC
  11. Kuching City FC
  12. Kelantan United FC
  13. PDRM FC
  14. Perak FC.

Jadual Liga Super 2023

Untuk kalender liga Malaysia 2023, Malaysian Football League telah berusaha memastikan perjalanan aksi bola sepak tanah air dapat dijalankan dengan lancar. Bagi memastikan jadual yang sistematik dan merujuk kepada perkara-perkara berikut ;

  • Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Persiapan Pertandingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023)
  • Pertandingan AFC Champions League 2023 dan Pertandingan AFC Cup 2023
  • Pusingan kelayakan pertandingan AFC B23
  • Pertandingan AFF B23
  • Sukan Asia 2023, Guangzhou (B23)
  • Kejohanan Sukan SEA 2023 (Cambodia)
  • Pertandingan Piala MFL (Liga Simpanan) 2023
  • Pertandingan Piala FA 2023
  • Pertandingan Piala Malaysia 2023
  • Pertandingan Challenge Cup 2023
  • Hari pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  • Tempoh rehat dan perjalanan pasukan.

Waktu Sepak Mula

MFL pada musim ini juga memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu perlawanan awal pada sebelah petang. Ianya bertujuan bagi mendapatkan suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya yang mana perlawanan hanya di lakukan pada waktu malam.

Walaupun begitu, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada keputusan dan perbincangan di antara penyiar rasmi dan MFL

   
VENUE   
   
WAKTU (1)   
   
WAKTU (2)   
   
WAKTU (3)   
   
RAMADAN   
   
Semenanjung   
   
5:15pm/5:30pm   
   
8:15pm   
   
9:00pm   
   
10:00pm   

Sabah dan
Sarawak
   
4:30pm/4:45pm   
   
7:30pm   
   
8:15pm   
   
9:15pm   

Jadual Liga Super LS1

jadual liga super 2023

Aksi pertama liga super 2023, menyaksikan pertemuaan di antara JDT vs Terengganu FC untuk menentukan siapakah pemenang Piala Sumbangsih 2023

Seterusnya di ikuti dengan enam lagi perlawanan Liga Super 2023 akan berlangsung pada 25 dan 26 Februari

TarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasi
Fri, 24 Feb 202309:00pm1Johor Darul Ta’zimTerengganu FCStadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri
Sat,25 Feb 202307:30pm2Sabah FCPDRM FCStadium Likas Kota Kinabalu
Sat,25 Feb 202309:00pm3Kuala Lumpur City FCPenang FCStadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras
Sat,25 Feb 202305:30pm4Kelantan FCKuching City FCStadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
Sat,25 Feb 202309:00pm5Perak FCKedah Darul Aman FCStadium Perak,Ipoh
Sun,26 Feb 202309:00pm6Negeri Sembilan FC Sri Pahang FCStadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Sun,26 Feb 202308:15pm7Selangor FCKelantan United FCStadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Jadual Liga Super LS2

TarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasi
Tue,28 Feb, 20239:00   PM8 PDRM FC Perak Fc Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Wed, 1 Mac 20238:15   PM9 Sabah FC Vs Kelantan United FCStadium Likas Kota Kinabalu
Wed, 1 Mac 20239:00   PM10 Kedah Darul Aman FC Vs Terengganu FC Stadium Darul Aman, Alor Setar
Wed, 1 Mac 20239:00   PM11 Pertang FC Vs Negeri Sembilan FC Stadium Bandaraya Pulau Pinang
Wed, 1 Mac 20238:15 PM12 Kuala Lumpur City FC Vs Johor Darul Ta’zim Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras
Wed, 1 Mac 20238:15 PM13Kuching City FC Vs Selangor FCStadium Negeri, Kuching
Wed, 1 Mac 20239:00 PM14 Sri Pahang FC V Kelantan FC Stadium Darul Makmur, Kuantan

Jadual Liga Super LS3

TarikhKick OffMatch NoPerlawananLokasi
Sat,4 Mac 20238:30 PM15Kelantran United FC Vs Perak FCStadium Sultan Muhammad Ke -IV, Kota Bharu
Sat,4 Mac 20239:00 PM16Kedah Darul Aman FC Vs PDRM FCStadium Darul Aman, Alor Setar
Sun, 5 Mac 20239:00 PM17Terengganu FC Vs Kuala Lumpur City FCStadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Sun, 5 Mac 20239:00 PM18Kelantan FC Vs Penang FCStadium Sultan Muhammad Ke -IV, Kota Bharu
Sun, 5 Mac 20238:30 PM19Selangor FC Vs Sri Pahang FCStadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Mon,6 Mac 20238:15 PM20Kuching City FC Vs Sabah FCStadium Negeri Kuching
Mon,6 Mac 20239:00 PM21Negeri Sembilan FC Vs Johor Darul Ta’zimStadium Tuanku Abdul Rahman Paroi

Jadual Penuh Liga Super 2023 PDF

Anda juga boleh mendownload jadaul liga super 2023 PDF

Tiket Perlawanan

Untuk setiap perlawanan musim ini, anda boleh menyemak dan mendapatkan tiket perlawanan anda dengan membuat pembelian tiket secara online menerusi https://ticket.tickethotline.com.my/

Untuk Jadual Liga Super 2023 juga, anda boleh dapatkan jadual terkini di laman web Malaysia Football League https://www.malaysianfootballleague.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!