Berikut jadual gaji 2023 bagi Kakitangan Awam terkini yang disediakan oleh Jabatan akauntan Negara Malaysia (JANM)
Tarikh Gaji | Bulan | Catatan |
---|---|---|
17.01.2023 | Januari | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) |
24.02.2023 | Februari | |
24.03.2023 | Mac | |
17.04.2023 | April | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
25.05.2023 | Mei | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
23.06.2023 | Jun | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
25.07.2023 | Julai | |
25.08.2023 | Ogos | |
25.09.2023 | September | |
25.10.2023 | Oktober | |
24.11.2023 | November | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
19.12.2023 | Disember | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Jadual Gaji 2023 Malaysia
Kerjaan Malaysia sangat komitet dan prihatin termasuk dalam aspek kebajikan kakitangan dan penjawat awam.
Permakluman dan penyediaan jadual gaji ini adalah bagi memudahkan rujukan kakitangan awam untuk membuat perancangan kewangan peribadi dan juga keluarga untuk apa-apa urusan.
Gaji Januari 2023
Pembayaran gaji pada bulan Januari 2023 di awalkan iaitu pada 17 Januari 2023. Ianya bagi membolehkan kakitangan awam khususnya yang berbangsa cina untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tersebut pada tarikh 23 & 22 Januari 2023.
Gaji Febuari dan Mac 2023
Tarikh pembayaran gaji kakitangan awam pada bulan Febuari dan Mac ialah pada 24 Febuari 2023 hari Jumaat dan 24 Mac 2023 hari Jumaat
Gaji April 2023
Tarikh gaji bulan April 2023 ialah pada 17.04.2023 bersaman hari Isnin. Pembayaran gaji pada bulan ini di awalkan bagi memudahkan kakitangan Awam beragama Islam membuat persiapan dan perancangan kewangan bagi menyambut Hari Raya
Gaji Mei 2023
Tarikh bayaran gaji bagi bulan Mei 2023 ialah pada 25 Mei 2023 sempena menyambut Hari Pesta Kaamatan bagi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah yang disambut pada 30 & 31 Mei 2023
Gaji Jun 2023
Tarikh pembayaran gaji bagi bulan Jun 2023 ialah pada 23.06.2023 bersamaan hari Jumaat. Memandangkan cuti umum perayaan Hari Raya Haji jatuh pada 29 & 30 Jun 2023, tiada keperluan khusus untuk pemberian gaji di awalkan.
Gaji Julai, Ogos, September,Oktober 2023
Bagi bulan Julai, Ogos,September dan Oktober 2023, pembayaran gaji adalah pada tarikh 25 haribulan berkenaan.
Gaji November 2023
Pembayaran gaji bulan November 2023 ialah pada 24 November 2023.
Gaji Disember 2023
Pembayaran gaji bagi bulan Disember 2023 ialah pada 19.12.2023. Pembayaran gaji di awalkan bagi membolehkan kakitangan awam penganut agama Kristian membuat persiapan bagi menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember 2023
Jadual Gaji 2023 Kakitangan Awam

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 PDF
Untuk rujukan kakitangan awam, dokumen ini boleh di muat turun melalui pautan berikut ;
e-Penyata Gaji 2023

Semua pengguna ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) JANM https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/
PENETAPAN SEMULA KATA LALUAN
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa penambahbaikan ciri keselamatan sedang dijalankan. Antaranya ialah penambahan ciri keselamatan pada penetapan kata laluan. Sebahagian pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu mengikut kriteria yang ditetapkan
Bagi pengguna baharu, anda perlu klik pertama kali mendaftar dan memasukkan maklumat nombor telefon, email serta pastikan anda tandakan pada checkbox Email dan SMS bagi tujuan penerimaan notifikasi kata laluan sementara.
Untuk makluman, beberapa penambahbaikan sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL) telah dilaksanakan seperti berikut :
- ePayslip JANM Mobile ditutup capaian pada masa ini dan akan beroperasi semula bermula Disember 2022 dengan ciri kawalan keselamatan terkini.
- Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Login Masuk ke dalam sistem.
- Pematuhan kepada kriteria keselamatan baharu kata laluan.
- Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.
- Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan (Berkuatkuasa 15 September 2022).
- Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat bagi mengakses sistem semula.
- Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email protected]
Sebarang pertanyaan boleh emelkan ke [email protected]
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan jadual gaji penjawat awam 2023 atau untuk pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
- emel : unit_pres[email protected]
- No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611