Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM  ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bahawa bantuan zakat persekolahan bagi anak-anak kakitangan UKM kini dibuka.

Umum mengetahui, kelangsungan hidup masyarakat termasuk pelajar universiti serta kakitangan universiti semakin terjejas ditambah pula dengan wabak pandemik dan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Tidak hanya terhad kepada Zakat Negeri, bantuan zakat juga kini disediakan oleh kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di serata negara untuk membantu kewangan pelajar dan kakitangan sedikit sebanyak.

Zakat Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia mempelawa semua kakitangan UKM untuk memohon bantuan zakat persekolahan sesi 2022 bagi membantu kakitangan UKM dalam persiapan anak-anak kakitangan UKM untuk kembali ke sekolah bagi sesi 2022.

Permohonan bolehlah dibuat melalui atas talian di pautan berikut :

https://zakat.ukm.my

bantuan zakat persekolahan ukm

Syarat-Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :

  1. Merupakan warga kakitangan UKM
  2. Beragama Islam
  3. Tergolong dalam kalangan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
  4. Anak yang bersekolah berumur dalam lingkungan antara 6 hingga 17 tahun (pada tahun 2022)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Bantuan Zakat Persekolahan UKM

Dokumen pendapatan suami dan isteri selama sebulan (penyata gaji/penyata pencen/ surat pengesahan/ pendapatan bekerja sendiri)

  1. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir Anak (Yang Bersekolah Sahaja)
  2. Sijil kematian (Jika berkaitan)
  3. Sijil Cerai (jika berkaitan)
  4. Surat pengambilan anak angkat (jika berkaitan)

Nota : Pada ruangan maklumat tanggungan, sila isikan kesemua maklumat tanggungan termasuk pasangan.

Kadar Bantuan Persekolahan

Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM 200/pelajar.

bantuan zakat persekolahan ukm

Tarikh Permohonan

Sila ambil maklum bahawa tarikh permohonan adalah dibuka dari 15 Januari 2022 hingga 27 Februari 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari makumat lanjut di pautan https://zakat.ukm.my

Pemohon juga boleh hubungi talian berikut :

03-8921 4225 (UKM Bangi)

03-9145 6526 (Kampus PPUKM, UKM KKL)

03-8921 4225 / 5820 (Bahagian Zakat, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)

Semoga perkongsian ini dapat membantu kakitangan UKM dalam memohon bantuan zakat bagi persiapan anak-anak yang baru mula sesi persekolahan bagi tahun 2022.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!