e Penyata Gaji – Log Masuk Semakan Slip Gaji Kerajaan

Semakan e-Penyata gaji kerajaan Jabatan Akauntan Negara (ANM) boleh di buat secara online atau menerusi aplikasi ePaySlip untuk akses yang lebih mudah dan dengan ciri-ciri keselamatan yang telah di pertingkatkan.

Jabatan Akauntan Negara juga peka dengan isu-isu ancaman keselamatan siber yang kian meningkat.

Untuk keselamatan data para penjawat awam juga, pihak kerajaan sentiasa memastikan data-data peribadi dan maklumat sulit seperti gaji kakitangan awam dengan membuat penyelenggaraan berkala dan meningkatkan tahap security kepada akses data pengguna.

Kakitangan awam juga dinasihatkan untuk tidak mendedahkan segala maklumat peribadi dan data sulit kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Apa Itu e Penyata Gaji

e penyata gaji

e Penyata Gaji adalah satu platform dalam talian yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk membolehkan penjawat awam dan anggota perkhidmatan awam melihat penyata gaji mereka secara dalam talian.

Dengan ePenyata Gaji, penjawat awam dan anggota perkhidmatan awam boleh mengakses maklumat gaji mereka, termasuk butiran gaji bulanan, bonus, potongan dan elaun. Mereka juga boleh mengakses penyata gaji mereka dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar dengan akses internet

Cara Daftar Log Masuk e Penyata Gaji (ANM) Kali Pertama

e penyata gaji log masuk

Untuk log masuk ke ePenyata Gaji bagi pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web rasmi. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar dan log masuk ke ePenyata Gaji:

  1. Pergi ke laman web ePenyata Gaji: https://epenyata.gaji.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Daftar” yang terletak di bawah butang “Log Masuk”.
  3. Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat e-mel yang sah.
  4. Pilih kata laluan yang kuat dan masukkan semula kata laluan yang sama di bahagian pengesahan kata laluan.
  5. Setelah selesai mengisi maklumat, klik butang “Daftar”.
  6. Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada sistem ePenyata Gaji. Sila klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel untuk mengaktifkan akaun anda.
  7. Setelah mengaktifkan akaun, log masuk ke laman web ePenyata Gaji dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda pilih semasa pendaftaran.

Anda juga boleh semak Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023

Cara Log Masuk e Penyata Gaji

Untuk log masuk ke ePenyata Gaji dan mendapatkan penyata gaji anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web ePenyata Gaji: https://epenyata.gaji.gov.my/
  2. Klik pada pautan “Log Masuk”.
  3. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda di ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik butang “Log Masuk”.
  5. Selepas berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard ePenyata Gaji anda.
  6. Pilih bulan dan tahun penyata gaji yang ingin anda lihat.

Cara Untuk Download Slip Gaji PDF

Untuk memuat turun penyata gaji dalam format PDF dari ePenyata Gaji, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun ePenyata Gaji anda di laman web rasmi: https://epenyata.gaji.gov.my/
  2. Pilih tahun dan bulan penyata gaji yang ingin anda muat turun.
  3. Setelah penyata gaji dipaparkan, klik pada butang “Cetak” yang terletak di bahagian bawah halaman.
  4. Anda akan dibawa ke halaman cetakan penyata gaji. Di sini, anda boleh memilih “PDF” sebagai format cetakan.

Setelah memilih format PDF, klik pada butang “Cetak” untuk memulakan muat turun penyata gaji dalam format PDF

Cara Semak Slip Gaji Kerajaan melalui Aplikasi ePayslip

epayslip

Selain semakan melalui website Jabatan Akauntan Negara, kakitangan awam juga boleh membuat semakan gaji penjawat awam menerusi kemudahan aplikasi ePayslip

Untuk semak penyata melalui aplikasi ePayslip, anda perlu memuat turun aplikasi ePayslip dari Google Play Store atau Apple App Store terlebih dahulu. Selepas memuat turun aplikasi, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi ePayslip dan log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama seperti log masuk ke ePenyata Gaji.
  2. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke dashboard ePayslip.
  3. Pilih bulan dan tahun penyata gaji yang ingin anda lihat.
  4. Anda boleh melihat maklumat gaji anda, termasuk butiran gaji bulanan, bonus, potongan dan elaun.
  5. Anda juga boleh memuat turun atau menghantar penyata gaji anda melalui aplikasi ePayslip.

*Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0 telah diberhentikan (berkuatkuasa 1 September 2022). Sila kemaskini aplikasi versi terkini seperti pautan dibawah.

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

Ciri Keselamatan Baharu e-Penyata Gaji (ePaySlip)

Beberapa ciri keselamatan baharu yang telah ditambah kepada ePaySlip adalah seperti berikut:

  1. Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem.
  2. Penggunaan kriteria keselamatan baharu kata laluan.
  3. Memperkenalkan penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan.
  4. Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan.
  5. Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat.
  6. Sekiranya tidak terima kata laluan sementara semasa tukar kata laluan dilaksanakan, emelkan ke [email protected]
  7. ePayslip JANM Mobile dengan ciri kawalan keselamatan terkini dijangka boleh digunakan bermula Disember 2022.

Sebarang pertanyaan boleh emelkan ke [email protected]

Sistem e-Penyata Gaji & Laporan

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau adauan berkaitan Sistem e Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi [email protected] dengan menyertakan 

  • Nama Penuh
  • No.KP, 
  • No.Gaji,
  • No.Kod Pejabat Perakaunan, 
  • No.Kod Jabatan dan 
  • No.Kod Pusat Pembayar.

Telefon : 03-8882 1000

Soalan Lazim F.A.Q

Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman?

a.Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
b.Skrin pengesahan untuk masuk ke “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata untuk pinjaman.
c.Klik pada butang “YA” akan membawa anda ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman” manakala klik pada butang “TIDAK” akan menghantar anda balik kepada skrin sebelum tekan ke menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
d.Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.
e.Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut.
f.Seperti yang disebutkan di dalam skrin, anda perlu memuat turun penyata untuk pinjaman tersebut dan membawa ke institusi kewangan seperti (LPPSA, bank, koperasi) untuk rujukan sebelum Tarikh Luput.

Berapakah tempoh sah bagi e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod?

Tempoh sah laku e-Penyata Gaji JANM dengan kod QR adalah selama 30 hari. Ianya tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad. Cuti umum diambil kira dalam tempoh sah laku tersebut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!