Permohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN 2022

Permohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN kini dibuka.

Insentif ini diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan para nelayan yang memerlukan bantuan peralatan.

Bantuan ini diharap dapat meningkatkan lagi hasil tangkapan para nelayan dan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi di Negeri Sembilan.

Permohonan ini terbuka kepada semua nelayan (pemilik lesen sampan) yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

insentif galakan nelayan

Tempoh Permohonan Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan 2022

Para nelayan boleh kemukakan permohonan bermula 1 Februari hingga 28 Februari 2022.

Skop Bantuan

Untuk makluman, skop bantuan yang ditawarkan dalam program insentif ini adalah :

  • Sampan
  • Enjin
  • Peralatan menangkap ikan

Setiap nelayan hanya boleh memilih satu skop bantuan sahaja dengan peruntukan maksimum yang telah ditetapkan.

Setiap permohonan yang diterima akan disemak dan dinilai oleh ahli jawatankuasan INGEN yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Syarat-Syarat Permohonan

Para nelayan yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :

  • Merupakan pemilik lesen sampan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
  • Nelayan memiliki Kad Pendaftaran Nelayan.
  • Keutamaan kepada pemohon yang berdaftar dengan PNK.
  • Hanya satu skop bantuan bagi setiap permohonan.

Cara Memohon Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan INGEN

Para nelayan yang ingin kemukakan permohonan boleh dapatkan borang di PNK Telok Kemang atau PNK Port Dickson di alamat berikut :

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Port Dickson

No 16, Lot 5725, Taman Mikamas
Batu 2, Jalan Seremban
71000 Port Dickson

No. Telefon : 06 651 6035

atau

Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang

Kg. Telok, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson

No. Telefon : 06 661 0042

Maklumat lanjut mengenai Pejabat PNK boleh didapati di portal rasmi PNK di pautan berikut :

Portal Rasmi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi LKIM Negeri Sembilan di talian 06-675 1911 atau hantarkan emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!