Biodata Dato Seri Vida, Jutawan dan Pengasas QuPuteh

Biodata Dato Seri Vida

Siapa tak kenal dengan Dato Seri Vida? Bukan sahaja terkenal sebagai usahawan, malah DSV juga terkenal sebagai penaja rancangan televisyen popular dan penyanyi.

Antara lagu hits nyanyian beliau adalah I Am Me, Lavida Raya dan Ku Ikhlaskan.  

Penampilannya yang sedondon dan lengkap dengan mahkota serta barang perhiasan mewah menjadi trademark bagi wanita berusia 52 tahun ini.

Beliau juga turut dikenali dengan tagline ‘QuPuteh, QuPuteh, Barulah Puteh’ sejak produk tersebut dilancarkan.

Selain supplemen QuPuteh, syarikat produk kecantikan dan kesihatan milik beliau terkenal dengan produk lain seperti Pamoga, Millenia dan perfume Qu Puteh.

Produk Pamoganya pernah menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia sehingga ratusan ribu terjual di pasaran.

Dato Vida juga turut menjadi bualan netizen beberapa tahun lalu apabila digosipkan dengan pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli.

Pemuda itu turut mendakwa pernah bercinta dan hampir berkahwin dengan DSV.

Sering berkongsi kehidupan mewah dan merakam detik bersama anak-anak, Dato Seri Vida juga menjadi tumpuan netizen di Instagram sehingga mempunyai 2.9 juta pengikut di laman media sosial tersebut.

Mungkin ramai lagi yang belum kenali Dato Seri Vida dengan lebih dekat. Oleh itu, jom kita semak biodata Dato Seri Vida serta serba sedikit latarbelakangnya.

Biodata Dato Seri Vida

Baca Juga : Biodata Khairy Jamaluddin, Bekas Menteri Kesihatan Malaysia

Biodata Dato Seri Vida

Nama Penuh : Hasmiza binti Othman

Nama Gelaran : Dato Vida, Datuk Seri Vida, DSV

Umur : 52 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 24 Oktober 1971

Tempat Lahir : Machang, Kelantan

Adik beradik : Anak bongsu daripada tiga adik-beradik

Pekerjaan : Usahawan, penyanyi, pelakon dan pengacara

Pendidikan :

  • Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Biologi Universiti Monash.

Anak : 4 orang

  • Nur Edlynn Zamileen (Cik B)
  • Muhammad Eric Zecquan (Kacak)
  • Muhammad Eddie Zuhdie (meninggal dunia pada 2013)
  • Muhammad Edrie Zikrie (Meninggal dunia pada 2013)
Biodata Dato Seri Vida

Rancangan Televisyen yang Pernah Ditaja

  • Gegar Vaganza
  • Mentor Milenia TV3
  • Anugerah Juara Lagu (AJL29)
  • Pengalaman Dato Seri Vida

Ramai wanita turut menyanjungi kecekalan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini dalam menghadapi pelbagai cabaran sehingga berjaya menjadi jutawan.

Umum mengetahui kekayaan wanita ini, namun ramai tidak tahu yang DSV pernah melakukan pelbagai kerja seperti menjual pokok bonsai, bekerja di kilang, restoran makanan segera dan pernah berkhidmat selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Pooi Lam.

Beliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri oleh Tengku Mahkota Pahang pada tahun 2014.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Dato Seri Vida, jangan lupa untuk ikuti laman Instagramnya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!