Biodata Shalin Zulkifli, Ratu Boling Negara

Biodata Shalin Zulkifli

Nama Shalin Zulkifli sebagai pemain boling negara sememangnya cukup sebati di kalangan rakyat Malaysia.

Bakat luar biasa, kecekalan serta semangat yang ditunjukkan oleh wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini mencetuskan fenomena dan melakar sejarah buat arena boling negara.

Dengan deretan kejuaraan yang pingat yang dirangkul sejak remaja sehingga persaraannya pada Januari 2021, Shalin Zulkifli adalah antara atlet paling cemerlang yang pernah negara miliki.

Ingin tahu serba sedikit latar belakang serta pencapaian wanita ini? Jom kita semak biodata Shalin Zulkifli serta rekod pencapaiannya dalam bidang sukan boling.

Baca Juga : Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal

Biodata Shalin Zulkifli

Nama: Shalin Zulkifli

Tarikh Lahir: 28 Mac 1978

Umur: 45 tahun (2023)

Asal : Kuala Lumpur

Tempat lahir: North Islington, England

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (pengkhususan Psikologi dan Latihan Sukan), Universiti Malaya (UM)

Suami : Azidi Ameran

Anak : Aleeya Azidi

Walaupun lahir di England, namun Shalin membesar di Malaysia. Minat beliau pada sukan boling berputik pada usia 9 tahun apabila beliau sering mengikuti ibu bapanya bermain boling pada masa lapang.

Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ibu bapa, Shalin akhirnya terpilih untuk mewakili skuad tenpin boling Selangor dan Kebangsaan sehingga beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent-Malaysian All-Stars pada tahun 1994.

Pada usia 16 tahun, beliau menunjukkan prestasi bertaraf antarabangsa dan berupaya mengalahkan pemain handalan lain.

Jom kita semak pencapaian serta pengiktirafan yang pernah diraih oleh Shalin Zulkifli dengan lebih lanjut.

Pencapaian

  • 1994 – Juara terbuka wanita – Kent Malaysian All-Stars
  • 1996 – Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland)
  • 1999 – Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei.
  • 2001 – Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA)
  • 2002 – Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina
  • 2003 – Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam.
  • 2004 – Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia
  •  2005 – Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus
  • 2017 – Pingat emas berpasukan, trio dan Masters Sukan SEA Kuala Lumpur dan emas berpasukan Kejohanan Boling Dunia, Las Vegas (2017)
  • 2019 – Pingat emas individu, juara keseluruhan Kejohanan Tenping Boling Asia, Kuwait (2019)

Sepanjang penglibatannya dalam sukan boling daripada tahun 1993 hingga 2020, Shalin Zulkifli berjaya meraih sebanyak 74 pingat peringkat senior termasuk 5 kejuaraan peringkat dunia, 4 kejuaraan peringkat Asia dan 20 kemenangan di Sukan SEA.  

Dengan pelbagai pencapaian beliau dalam mengharumkan nama negara, maka tidak keterlaluan untuk rakyat Malaysia ingati wanita ini sebagai Ratu Tenpin Boling Sepanjang Zaman.

Biodata Shalin Zulkifli

Pengiktirafan

  • Anugerah Olahragawati Malaysia (1994, 1996, 1997, 2001, 2002)
  • Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001-03)
  • World Tenpin Masters – Juara Wanita Pertama (2001)
  • Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)

Setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam bidang sukan boling, akhirnya Shalin Zulkifli mengumumkan persaraan beliau pada usia 42 tahun.

Walaupun sudah mengucapkan perpisahan kepada skuad kebangsaan, namun Shalin akui beliau masih cintakan sukan tersebut.

Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Kerjaya di Sekreteriat Kerjaya, Pendidikan dan Kebajikan, Majlis Sukan Negara (MSN) sejak Januari 2022.

Shalin juga mengorak langkah sebagai ahli perniagaan dengan membuka pusat boling. Dikenali sebagai Shalin’s Bowl, pusat boling dengan kemudahan 24 lorong serba moden ini terletak di Selangor.

Shalin juga berhasrat untuk menjadikan pusat boling tersebut sebagai medan untuk melahirkan lebih ramai pemain boling tempatan.

Untuk ketahui aktiviti terkini serta perkembangan mengenai Shalin, sila ikuti laman Instagram beliau.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!