Biodata Ammar Nazhan, Youtuber Popular Malaysia

Pernah tersenarai dalam 10 Content Creator Paling Popular di Malaysia 2022, Ammar Nazhan adalah seorang influencer yang popular dengan kandungan drama pendek dan rajin berkongsi rezeki dengan golongan bernasib baik.

Memiliki 2.63 juta subscriber di Youtube, Ammar juga dikatakan mampu menjana sehingga ratusan ribu ringgit setiap bulan menerusi kandungan yang dihasilkan di platform tersebut.

Jika anda lihat sendiri di Channel Youtube Ammar, setiap video yang dimuat naik mempunyai ratusan ribu tontonan. Ada juga beberapa video popular yang mencapai jutaan tontonan.

Disebabkan kebanyakan video yang dihasilkan tular di media sosial, beliau juga dikatakan mempunyai peminat bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran, Indonesia.

Ayuh kita kenali Youtuber popular ini dengan menyemak biodata ringkasnya.

ammar nazhan

Biodata Youtuber Ammar Nazhan

Nama Penuh : Ammar Nazhan bin Abdul Rahman

Nama Komersial : Ammar Nazhan

Tarikh Lahir : 28 Mei 1996

Umur : 27 tahun (2023)

Asal : Kuala Lumpur

Pekerjaan : Youtuber, Influencer

Instagram : @amnazhan

ammar nazhan

Platform Youtube Ammar Nazhan

Menerusi platform Youtube popular itu, Ammar juga telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai AMZ Team. Ia dianggotai oleh wajah-wajah yang sering muncul dalam video-videonya seperti Aira, Elya, Aish, Ceman.

Antara genre video yang sering dimuatnaik adalah drama pendek, cabaran dan prank. Sesetengah kandungan yang dimuatnaik dalam channel Ammar juga pernah dikecam oleh netizen.

Salah satunya apabila Ammar memuatnaik reaksi dirinya dan rakan lelaki lain apabila wanita mengenakan niqab.

Selain itu, netizen turut mengkritik gaya video yang memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sambil membuat prank yang tidak senonoh seperti prank tangkap basah atau mengandung.

Meskipun berdepan dengan banyak tohmahan, namun platform Youtube pemuda ini tetap menjadi tontonan ramai terutamanya remaja berusia belasan tahun.

Selain berkongsikan video berbentuk hiburan, Ammar juga memanfaatkan platform Youtubenya untuk berkongsi kegiatan amal atau sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau juga terus menjadi antara Content Creator yang paling popular di Malaysia dengan jutaan pengikut di pelbagai platform termasuk TikTok. 

Untuk ketahui perkembangan Ammar Nazhan dan AMZ Team, jangan lupa untuk ikuti laman media sosialnya di :

Instagram : @amnazhan

Facebook : Ammar Nazhan

Youtube : Ammar Nazhan

TikTok : @amnazhan

Baca Juga : Biodata Aisar Khaled, Pelakon dan Influencer Terkenal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!