Biodata Engku Emran, Ahli Perniagaan Penuh Sensasi

Nama Engku Emran sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dikatakan bakal bercerai dengan Noor Nabila pada waktu terdekat ini setelah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Di sebalik pelbagai kontroversi yang melandanya, namun tak ramai yang kenali siapa sebenarnya Engku Emran.

Oleh itu, ayuh kita ikuti biodata serta serba sedikit latar belakang mengenai beliau.

Biodata Engku Emran

Nama : Engku Emran Engku Zainal Abidin

Umur : 48 tahun (2023)

Pendidikan : Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Pekerjaan : Ahli perniagaan, Ketua Pegawai Opersi TV Synergy Sdn Bhd, bekas Ketua Pegawai Operasi Suria FM

Anak : Engku Aleesya Engku Emran (lahir tahun 2010)

Instagram : @narumkamek

Perkahwinan Engku Emran

Engku Emran mula dikenali apabila menjadi jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira.

Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya. Namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan. Erra Fazira dan Emran bercerai pada tahun 2014.

Setelah tiga tahun menduda, Engku Emran akhirnya menikahi pelakon popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Sebelum berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur, mereka berdua terlebih dahulu mengenali hati budi masing-masing dengan berta’aruf selama enam bulan. Sayangnya, pernikahan ini cuma bertahan selama 2 tahun sahaja.

engku emran

Berita perceraian ini disahkan sendiri oleh pelakon cantik yang mesra disapa sebagai Bella dalam sebuah portal berita Indonesia pada hujung Jun 2020.

Tidak lama selepas itu, netizen dikejutkan sekali lagi apabila Engku Emran mengikat tali perkahwinan dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 19 Mac 2021.

engku emran

Kakak kepada selebriti popular, Neelofa itu berkata, keputusan untuk bercerai dibuat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina.

Menerusi hantaran Instagram terbaharu, Emran meminta orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka untuk melalui fasa sukar ketika ini.

Dalam hantaran tersebut, Emran mengatakan kehancuran dalam perkahwinan buat kali ketiga bukanlah suatu kegagalan sebaliknya ia sudah ditakdirkan.

“Kami berdua sudah melalui tiga perkahwinan, kami berdua tahu apa yang kami mahu dalam hidup, malangnya kami terpaksa mencari haluan masing-masing.

“Perkahwinan memang sukar. Yang mana pernah kahwin pasti tahu mengenainya. Yang mana belum pernah kahwin jangan sembang kuat sangat.

“Saya beritahu Nabila. tiga perkahwinan ini bukan kegagalan, tetapi sudah tertulis sebelum kita hidup di dunia ini.

“Ia adalah satu perjalanan yang tidak dapat dielakkan, yang perlu kita tempuhi untuk mencari keredaan-Nya dan selagi kita mendekatkan diri kepada-Nya itu sudah menjadi satu kejayaan besar.

“Sekali lagi saya memohon anda semua menghormati ruang kami. Kami sedang melalui waktu sukar. Doakan semoga semoga Allah permudahkan segala urusan kami berdua,” coretnya.

engku emran

Fakta Menarik Engku Emran

  • Berdasarkan akaun Instagram, Emran didapati seorang yang gemarkan aktiviti sukan lasak.
  • Bapa kepada Engku Aleesya ini juga merupakan peminat sukan golf dan pasukan bola sepak Manchester United.
  • Beliau juga pernah menyertai acara Iron Man Langkawi pada tahun 2019.
  • Emran dikatakan mempunyai susur galur keturunan diraja Terengganu.

Untuk ketahui perkembangan mengenai Engku Emran, sila ikuti laman Instagram @narumkamek

Baca Juga : Biodata Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah  Anak YDP Agong

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!