Biodata Angeline Tan, Kini Bergelar Isteri Sabri Yunus
Angeline Tan merupakan pelakon yang cukup terkenal sejak era-90an.
Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih mengingati watak Lucy yang dibawa olehnya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan berita pernikahan Angeline dengan seorang pelakon yang tidak asing lagi iaitu Sabri Yunus.
Menurut laporan media, mereka berdua mula rapat sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sudah berkawan selama lebih 30 tahun, mereka berdua juga telah banyak bekerjasama dalam pelbagai projek telefilem dan drama.
Sabri yang telah menduda selama 16 tahun turut menganggap tempoh PKP sebagai satu rahmat baginya sehingga akhirnya berjodoh dengan aktres jelita itu.
Ingin kenali Angeline Tan dengan lebih dekat? Ayuh kita semak biodatanya.
Biodata Angeline Tan
Nama Penuh : Tan Yoke Yeah
Nama Islam : Ardini
Nama Komersial : Angeline Tan, Lucy
Tahun Lahir : 1967
Umur : 56 tahun (2023)
Agama : Islam
Adik beradik : 7 orang (anak sulung)
Suami : Sabri Yunus
Anak : 2 orang anak kandung (daripada perkahwinan terdahulu), 3 orang anak tiri
Pekerjaan : Pelakon, Pelawak
Instagram : @angelinetanyy
Perjalanan Karier
Angeline Tan yang kini memiliki nama Islamnya iaitu Ardini mula menceburi industri lakonan pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina iaitu ‘Empat Sekawan’ di samping Datuk Lai Meng.
Sebelum terkenal dengan watak Lucy dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mula bersiaran pada 1993, Angeline sudah pun merasai pengalaman berlakon dalam sitkom berbahasa Melayu menerusi Pak Din KK dan Cam Ni Cam Tu.
Selain memegang watak utama dalam sitkom popular itu, kefasihan Angeline dalam Bahasa Melayu membuatkan beliau mendapat banyak tawaran untuk membintangi drama tempatan terutamanya di saluran RTM dan TV3.
Pelakon berusia 56 tahun ini juga pernah dicalonkan sebanyak empat kali bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada sekitar 90-an.
Kini bergelar suami isteri, Angeline juga banyak membintangi drama dan telefilem bersama Sabri Yunus antaranya Duan Nago Bagho, Pok Ya Cong Codei, Bukan Pimai Pimai dan Tanya Sama Pokok.
Antara filem dan drama popular lain yang turut dibintangi oleh Angeline adalah The Ghost Bride (Netflix), Mama Mau Jodoh, Hijrah Jannah, Juang, Korban Pak Tam dan Sumpahan Abu Mayat.
Mungkin ada juga tak tahu yang selain muncul di kaca TV, Angeline juga merupakan seorang pelakon teater dan sering menyumbangkan suara dalam drama radio.
Tahniah diucapkan buat Angelina dan Sabri Yunus. Sama-sama kita doakan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke jannah.
Memang nampak ‘sweet’ sangat mereka berdua kan?
Untuk ketahui perkembangan terkini Angeline, sila ikuti laman Instagram @angelinetanyy.
Baca Juga : Biodata Mawar Rashid, Pelakon dan Model Popular