Biodata Ryan Bakery, Personaliti TikTok Popular

Siapa tak kenal dengan personaliti TikTok popular Malaysia, Ryan Bakery? Sering tampil dengan trademark bedak bercapuk di muka, Ryan segera memenangi hati pengguna media sosial dengan video yang lucu. Kebanyakan videonya berkait dengan zaman kanak-kanak atau situasi harian yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.

Populariti beliau terbukti apabila berjaya meraih sehingga lebih 4 juta pengikut di TikTok dan 1 juta pengikut di Instagram. Disebabkan itu, beliau juga sering mendapat tawaran berlakon iklan dan telemovie.

Ayuh kita kenali personaliti TikTok ini dengan lebih lanjut!

ryan bakery

Biodata Ryan Bakery

Nama Penuh : Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery

Umur : 28 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 17 April 1995

Asal : Perak

Kerjaya : Content Creator, Personaliti Media Sosial

Adik beradik : Adam Bakery, Kila Bakery

Isteri : Elyia Ibrahim

Instagram : @ryanfahmibakery

TikTok : @ryanbakery

Anugerah

  • Digital Content Creator Tergempak 2022 Gempak Most Wanted Awards 2022
  • Popular Content Creator of The Year TikTok Awards Malaysia 2023
ryan bakery

Perjalanan Karier Ryan Bakery

Sebelum menjadi personaliti popular di media sosial, Ryan bekerja dalam bidang kargo penerbangan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Disebabkan pandemik Covid-19, beliau telah kehilangan kerja dan terpaksa mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan.

Ryan akui isterinya, Elyia telah banyak membantu Ryan untuk menghasilkan kandungan video sejak sebelum mereka berkahwin lagi.

Menurut Ryan, wanita itulah antara orang pertama yang percaya dengan keputusan beliau untuk jadi content creator.

Lebih penting lagi, Elyia jugalah yang telah membelanjakan banyak wang untuk membeli kelengkapan membuat video meskipun gajinya tidak terlalu tinggi.

ryan bakery

Sejak dari itulah beliau mula hasilkan kandungan di aplikasi TikTok. Video-videonya yang kelakar dan menggamit memori zaman kanak-kanak membuatkan nama Ryan Bakery pantas menjadi popular.

ryan bakery

Disebabkan itu jugalah beliau telah menerima banyak tawaran berlakon antaranya telefilem Challenge Accepted dan Dendam Hantu Latah.

Selain itu, beliau juga pernah muncul sebagai ikon Bubblebee dan menghiasi iklan Petronas Setel.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Ryan Bakery, sila ikuti profil media sosialnya di :

Instagram : @ryanfahmibakery

TikTok : @ryanbakery

Baca Juga : Biodata Aisar Khaled, Pelakon dan Influencer Terkenal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!