Siapa Alif Teega?? Biodata Suami Aisyah Hijanah

Siapa Alif Teega? Biodata & Kehidupan. Dalam seluruh dunia sedang bersolidariti terhadap rakyat Palestin yang diserang dengan kejam oleh rejim zionis.

Tiba-tiba nama Alif Teega mencuri perhatian netizen Malaysia ketika ini yang tengah hangat dengan pelbagai isu semasa.

Seperti biasa kerana nama Alif seorang, tempiasnya juga kepada Alif, Alif se Malaysia hahaha.

Jadi siapa Alif Teega yang sedang menjadi tumpuan netizen Malaysia ketika ini? Untuk info nama Alif Teega ini tiada kaitan langsung dengan syarikat Teega House of Snack.

Alif Teega bukan founder mahupun staff atau ejen syarikat produk makanan ringan milik bumiputera Malaysia yang berpangkalan di Kota Damansara, Selangor.

Untuk itu dalam segmen biodata influencer kali ni, kami kongsikan mengenai Siapa Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Bin Mohd Hazani

Biodata Alif Teega

biodata alif teega

Nama sebenar : Mohd Hazalif Bin Mohd Hazani

Nama panggilan : Alif Teega

Umur : 29 Tahun (2023)

Tarikh lahir : 22 Januari 1994

Warganegara : Malaysia

Agama : Islam

Tempat lahir : Leeds,United Kigdom

Status : Berkhawin

Isteri : Aisyah Hijanah binti Azhari dan Fatin Umaidah Ramli (Isteri kedua)

Nama anak : Khadeejah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif.

Pendidikan :

  • Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Muamalat,UM
  • Diploma Syariah Undang-Undang,KUIS
  • Bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Al Ikram

Kerjaya : Usahawan, pempengaruh, pendakawah,penulis novel

Twitter : @mhazalif

Kerjaya

Alif Teega merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Alif Enterprise yang merupakan sebuah syarikat dalam menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai urusan seperti pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan acara dan juga pendidikan dalam talian.

Terkenal sebagai seorang pempengaruh dan pendakwah selebriti muda yang sering memberi kata-kata motivasi menerusi pengkongsian beliau di media sosial. Selain itu juga beliau dikenali kerana aktif berdakwah dan hampir Seluruh IPT pernah dihadiri beliau.

Selain itu juga beliau dikenali menerusi karya-karya penulisan novel beliau yang pernah popular seperti Biar Ku Lindung Mendungmu yang ditulis bersama isterinya Aisyah Hijanah selain itu karnya Selama Nafasku Berhembus, Lembaran Cinta dari hati dan juga yang terkini From My Heart One N Two.

Beliau juga kini terkenal sebagai pengacara dalam satu program terbitan Astro Oasis dalam rancangan Halal Lah

Kehidupan

Beliau juga merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau dilahirkan di Leeds, United Kingdom ketika bapanya menyambung pelajaran dalam peringkat PhD disebuah universiti terkemuka di sana.

Walaupun begitu keluarga Alif Teega telah berpindah dan kembali ke Malaysia ketika beliau berusia enam tahun dan telah dibesarkan di Kuala Lumpur.

aisyah hijanah isteri alif teega

Alif Teega mendirikan rumah tangganya yang pertama bersama isterinya Aisyah Hijannah pada 2017.

Hasil perkhawinan mereka dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif.

Bakal menimang cahaya mata ketiga yang kini berusia 6 bulan dalam kandungan isterinya Aisyah Hijanah.

Beliau juga pernah menyatakan telah terkena sihir pemisah selepas mendapat rawatan perubatan islam.

Terkini, Alif Teega dalam statusnya telah memaklumkan telah berkhawin sekali lagi dengan isteri keduanya Fatin Umaidah.

Walaupun agak sedikit kontroversi, namun isteri pertamnya Asiyah Hijanah tetap tenang, malah dalam sesi siaran langsung di akaun TikToknya, tengah hari tadi memohon kepada netizen agar tidak melemparkan kecaman kepada suaminya itu

Taniah di ucapkan. Semoga Mohd Hazalif di murahkan rezeki dan berbahgia bersama keluarga dan kedua isterinya

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan mengenai siapa Alif Teega dan sedikit biodata kerjaya dan kehidupan beliau.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pendakwah selebriti ini, anda juga boleh follow akaun media sosial beliau instagram @alifteega di tikTok @alifteega

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!