Biodata Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti PKR
Biodata Nurul Izzah
Nurul Izzah merupakan bekas ahli parlimen Permatang Pauh serta orang penting yang menyokong perjuangan politik ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sejak ayahnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 sambil dihujani pelbagai dakwaan, wanita cekal ini gigih untuk membersihkan kembali nama ayahnya bersama ibu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sifatnya yang lembut tetapi tegas juga menjadikan beliau sebagai role model kepada ramai wanita di Malaysia.
Mungkin ada yang belum kenali puteri Anwar Ibrahim ini dengan lebih dekat. Jadi, jom kita semak biodata personaliti ini secara lebih lanjut.
Baca Juga : Biodata Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10
Biodata Nurul Izzah Anwar
Nama Penuh: Nurul Izzah binti Anwar
Tarikh Lahir : 19 November 1980
Asal : Kuala Lumpur
Nama Bapa : Datuk Seri Anwar Ibrahim
Nama Ibu : Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Adik Beradik : Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana
Suami : Yin Shao Loong
Anak : Raja Nur Safiyah, Raja Harith, Yu Zhou
Usia : 43 tahun (2023)
Pendidikan :
- Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara
- Sekolah Menengah Sri Hartamas
- Sekolah Menengah Assunta Petaling Jaya
- Universiti Tenaga Nasional (Electrical and Electronic Engineering)
- John Hopkins University (International Relations Specializing in Southeast Asia Studies)
Parti Gabungan : Pakatan Harapan
Parti : Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Jawatan Disandang dalam Politik
- Bekas Naib Presiden PKR
- Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang
- Ahli Parlimen Permatang Pauh (2018-2022)
- Ahli Parlimen Lembah Pantai (8 Mac 2008-7 April 2018)
Perjalanan Politik
Nurul Izzah pernah digelar sebagai ‘Puteri Reformasi’ kerana aktif dalam gerakan Reformasi 1998.
Beliau menceburkan diri buat pertama kali dalam arena politik apabila dipilih untuk menjadi calon bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008.
Kemenangan beliau menentang calon popular Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan kemasukan anak sulung Anwar Ibrahim ini ke dalam Parlimen Malaysia.
Beliau juga berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada pilihanraya umum 2013 selepas berjaya menewaskan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Secara keseluruhan, Nurul Izzah telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Lembah Pantai daripada 2008 hingga 2018.
Pada tahun 2018, Nurul Izzah telah melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Pada pilihan raya 2018, beliau diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi parlimen yang pernah diduduki ibu dan bapanya iaitu Parlimen Permatang Pauh.
Namun, beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas di tangan calon daripada parti Perikatan Nasional, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Namun, Nurul Izzah diberi kepercayaan sekali lagi untuk menyandang jawatan Naib Presiden PKR bagi penggal 2022-2025.
Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Nurul Izzah, sila layari laman web serta platform media sosial Nurul Izzah seperti berikut :
Laman Web : https://www.nurulizzah.com/site/
Instagram : @n_izzah
Facebook : Nurul Izzah Anwar
Twitter : @n_izzah