Biodata Mondy Tatto, Gadis Tatu Yang Dikaitkan Dengan Ebit Lew

Nama Mondy Tatto mula tular di media sosial apabila dia telah mendapat bantuan dari Ustaz Ebit Lew dan mendorongnya untuk berhijrah dan memakai hijab. Namun selepas kira-kira 2 bulan, Mondy didapati telah buka tudung dan kembali kepada gaya hidup asalnya.

Disebabkan itu, ramai netizen telah mempertikaikan perubahan Mondy dan mengatakan ia hanya sekadar lakonan untuk meraih publisiti semata-mata.

Mondy Tatto

Kebanyakan warganet juga mengatakan yang Mondy sebenarnya adalah seorang pempengaruh yang terkenal di Indonesia dan bukanlah seorang gelandangan seperti yang digambarkan dalam video Ebit Lew. Dia juga dikhabarkan mendapat banyak jemputan untuk program podcast di negara jiran.

Baru-baru ini, Mondy kembali mencetuskan isu panas apabila ditemu bual oleh Caprice dalam sebuah podcast. Menerusi program tersebut, gadis yang terkenal dengan penampilan sarat bertatu itu dikatakan telah mendedahkan sisi Ustaz Ebit Lew yang jarang orang ketahui.

Walaupun sudah tular di media sosial, namun latar belakangnya jarang diceritakan oleh warganet. Oleh itu, ayuh kita semak serba sikit biodata Mondy Tatto, seorang gadis punk yang sejak-sejak ini sering dikaitkan dengan pendakwah popular, Ustaz Ebit.

Mondy Tatto

Biodata Mondy Tatto

Nama Penuh : Dita Restu Amanda

Nama Komersial : Mondy Tatto

Tarikh Lahir : 15 Jun 2001

Umur : 22 tahun (2023)

Asal : Jawa Timur, Indonesia

Agama : Islam

Suami : Nopendi Setiawan (kahwin Ogos 2023)

Pekerjaan : Influencer, Model

Anak : 1 orang

Instagram : @mondyy_tatto28

TikTok : @mondy_tatto

Penampilan Mondy Tatto

Sejak kisah Mondy tular di media sosial, penampilan aneh Mondy juga menjadi bualan ramai. Wajah, tangan dan kakinya sarat dengan tattoo pelbagai corak.

Menurut laporan Merdeka.com, Mondy memilih untuk menghias tubuhnya dengan tatu sebagai cara untuk mengatasi kemurungan ketika mengalami keguguran.

Dia juga dikatakan telah melukis tattoo di badan sejak umur belasan tahun ketika dia masih bersekolah.

Bahagian matanya yang hampir hitam sepenuhnya juga telah meraih perhatian warganet. Menurut Mondy, dia memerlukan enam kali suntikan untuk membuat tattoo di matanya dan tidak dapat melihat selama seminggu.

Setelah videonya bersama Ustaz Ebit Lew viral, Mondy didapati telah berhijrah sambil mengenakan hijab serta pakaian muslimah. Namun beberapa bulan ini, diadidapati telah membuka tudung dan kembali pada imej punk seperti sebelum ini.

Mondy Tatto

Shopee Fashion Markdown menawarkan pelbagai pilihan pakaian serendah RM9.90, terhad pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang SETIAP HARI!

Status Perkahwinan

Sebelum mengumumkan pernikahannya bersama seorang mualaf berbangsa Cina pada Ogos tahun ini, Mondy dikatakan pernah berkahwin sebanyak empat kali sebelum ini.

Dalam perkahwinan pertamanya, gadis itu dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 4 tahun. Namun, jodohnya ketika itu tidak kekal lama kerana suaminya meninggal dunia.

Seterusnya, Mondy berkahwin semula dan telah bercerai selepas berkahwin selama setahun setengah.

Selepas enam bulan bercerai, dia dikatakan telah berkahwin buat kali ketiga tetap tidak kekal lama. Begitu juga dengan perkahwinan yang keempat.

Pada 8 Ogos 2023, Mondy didapati telah mengenakan pakaian pengantin dan mekap menutupi tattoo di wajahnya sambil mengumumkan perkahwinan dengan seorang jejaka berbangsa Cina yang telah memeluk agama Islam yang dikenali sebagai Nopendi Setiawan.

Meskipun portal hiburan mengatakannya telah dikasari oleh suami, namun wanita tersebut memilih untuk berdamai selepas berbincang dengan pihak ketiga.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai beliau, sila ikuti laman media sosialnya :

 Instagram : @mondyy_tatto28

TikTok : @mondy_tatto

Baca Juga : Biodata Ebit Lew, Penceramah Bebas & Dermawan Terkenal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!