Biodata Marissa Dania, Anak Norman Hakim & Abby, Insta Famous

Kenali biodata Marissa Dania Hakim anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim.

Ingat lagi peristiwa Norman Hakim yang terpaksa menjadi bidan menyambut kelahiran Marissa Dania yang dilahirkan oleh Abby Abadi di dalam kereta?

Pertistiwa tersebut pernah diceritakan oleh bekas pasangan suami isteri tersebut semasa kelahiran anak kedua meraka itu.

Pejam celik, sedar tak sedar kini Marissa Dania sudah berusia 18 tahun sejak daripada peristiwa yang menjadi kenangan manis buat ibu dan ayahnya.

Sejak dari kecil lagi anak gadis Abby Abadi ini seringkali mencuri tumpuan warganet. Di takdirkan memiliki ibu bapa yang terlibat dalam bidang seni lakokan serta mempunyai wajah yang cantik menjadi antara sebab beliau sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Malah pada usia seawal 12 tahun, sudah ada yang berhajat dan cuba-cuba “usha” anak gadis kepada pasangan pelakon gerak khas Inspektor Harris dan Inspektor Aleza ini

Biodata Marissa Dania Hakim

marrisa dania hakim anak norman abby
  • Nama sebenar : Marissa Dania Hakim
  • Gelaran : Marissa
  • Ibu : Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi)
  • Ayah : Mohamed Nurhakim bin Zaidon (Norman Hakim)
  • Tarikh Lahir: 7 Julai 2005
  • Umur : 18 Tahun
  • Agama : Islam
  • Bangsa : Melayu
  • Warganegara : Malaysia
  • Status : Bujang
  • Adik-beradik : 3 Orang (Anak Kedua)Mohammed Danish Hakim, dan Maria Danisha
  • Pendidikan : Ma’ahad Tahfiz,Sekolah As Sofa Senawang, Negeri Sembilan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Instagram : https://www.instagram.com/marissadania_/
  • Twitter / X : https://twitter.com/_marissadania

Lifestyle

marissa dania marrisa dania hakim anak norman abby

Anak kedua hasil bekas pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi ini mempunyai perwatakan yang ceria, lemah lembut, sopan dan menutup aurat. Marissa Dania baru sahaja menduduki peperiksaan SPM pada awal tahun lalu.

Dianugerahkan wajah yang cantik, yang tak tumpa seperti kecantikan ibunya. Marissa juga pernah di kaitkan memiliki wajahnya yang mirip dengan Neelofa dalam satu hantaran video tutorial pemakaian tudung di intagram miliknya.

Walaupun ibunya Abby Abadi dan juga ayahnya Norman Hakim bekerja dalam bidang seni lakonan, namun ibunya tidak mengalakkan anak-anaknya termasuk Marissa Dania untuk mengikut jejak langkah mereka.

Ketika pertama kali Marissa Dania diberitahu oleh ibunya untuk menyambung pelajaran di Ma’ahad Tahfiz,beliau berat hati untuk kesana. Kerana tidak biasa dengan suasana dan kehidupan di sekolah tahfiz.

Namun atas hasrat ibunya ingin melihat anak-anaknya semua mampu untuk menghafal Al-Quran dan belajar ilmu agama, anak gadis ini tetap mengagahkan diri untuk menyambung pelajaran di sekolah tahfiz.

Atas usaha dan kesabaranya, pada 20 November 2018, akhirnya Marrisa akhirnya berjaya bergelar graduan yang berjaya menamatkan hafazan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait dalam majlis konvokesyen Al-Quran, Hadith dan Turath As Sofa ke 6 yang di adakan di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kerjaya

marissa dania anak abby abadi norman hakim

Walaupun masih di usia muda, Marissa Dania secara tidak langsung banyak membantu sebagai model koleksi hijab untuk perniagaan butik online ibunya iaitu KernaDIA by Abby Abadi dan juga butik milik ayahnya bersama ibu tirinya Memey Suhaiza iaitu Normey.HQ

Marissa Dania juga pernah keluar di Majalah Mingguan Wanita Edisi Julai 2019 Vol 2 bersama ibunya ketika dia berusia 14 tahun.

dania marrisa
Kredit photo : mingguanwanita.my

Marissa Dania Hakim Anak Abby Abadi & Norman Hakim

Marissa Dania Hakim, merupakan anak kesayangan bekas dua pasangan suami isteri Abby Abadi dan Norman Hakim.

Peristiwa istimewa kelahiranya yang di sambut dan dibidankan oleh ayahnya secara tidak sengaja merupakan detik yang pastinya akan di kenang sampai bila-bila oleh bekas kedua pasangan suami isteri itu.

Walaupun kedua ibu bapanya telah berpisah dan mempunyai keluarga sendiri, namun hubungan keluarga sebagai ibu ayah dan anak tidak pernah di abaikan. Malah hubungan kekeluargaan antara kedua-dua ibu bapa Marissa Dania sangat akrab dan baik.

Adik-beradik Marissa Dania hasil perkhawinan ayahnya Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Muhammad Darwisz Hakim, 10, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 8, serta Mikayla Delisha Hakim, 5 tahun.

Manakala adik-beradik angkat yang merupakan anak angkat Abby Abadi bersama suaminya Muhammad Faizal Zakaria, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa

Kontroversi

Baru-baru ini, nama Marissa Dania terpalit dengan nama seorang lelaki bernama Aslam.

Dalam satu hantar instagram Marissa Dania mengakui kesilapan diri dan menegaskan apa yang berlaku adalah atas pilihan sendiri. Apa pun yang berlaku, kami berdoa agar segala kemelut dan kontroversi yang sedang melanda beliau dan semua pihak yang terlibat akan berakhir dengan baik.

Begitulah serba sedikit mengenai biodata Marissa Dania Hakim yang dapat kami kongsikan.

Baca juga : Biodata Imran Aqil, Personaliti TV & Suami Dahlia Rizal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!