Biodata Aliff Aziz, Penyanyi dan Pelakon Popular
Siapa tak kenal dengan Aliff Aziz? Selebriti yang berasal dari Singapura itu berjaya mencipta nama di Malaysia menerusi lakonan pelbagai drama dan telefilem.
Pada masa yang sama, Aliff juga dikenali sebagai seorang penyanyi yang versatil dan sudah berkecimpung dalam industri sejak tahun 2008.
Ayuh kita kenali Aliff Aziz dengan lebih lanjut dengan menyemak biodatanya.
Biodata Aliff Aziz
Nama Penuh : Mohamad Aliff bin Aziz
Nama Komersial : Aliff Aziz
Tarikh Lahir : 16 Februari 1991
Umur : 32 tahun (2023)
Tempat Lahir : Singapura
Asal : Singapura
Adik-beradik : 3 orang (anak pertama)
Isteri : Dayang Ara Nabellah Awang Astillah (Bella Astillah)
Anak : 2 orang, Muhammad Ayden Adrian, Ara Adreanna
Pendidikan : Sekolah Menengah Princess Elizabeth, Sekolah Zhenghua.
Pekerjaan : Penyanyi, Pelakon, Model
Instagram : @iamaliffaziz
Drama
- Jodohku Babysitter
- Tentang Hati Dia
- Ku Akad Kau Dengan Bismillah
- Cina Buta
- Almari Ajaib
- Khayalan
- Antara Kita
- Sepai
- Tiara
- Nurul Kasih
- Episod Cinta Khirana
- Jodoh Musim 2
- DI Sebalik Wajah
- Meh Sandar Pada Aku
- Meh Sandar Lagi
- Melankolia
- Halalkan Hati Yang Ku Curi
- Sejuta Rasa Buat Adelia
Telefilem
- Cinta Vlog
- Gerhana
- Tiga Dosa
- Dia Ayahku
- Raya Pak Pak Pong
- Love You Miss Pomen
Anugerah
- Juara Program Realiti Anugerah 2007
- Lagu Paling Popular Singapura Anugerah Planet Muzik 2008
- Lagu Terbaik Singapura Anugerah Planet Muzik 2013
- Juara Gegar Vaganza 8
Perjalanan Karier
Aliff Aziz mula menempa nama dalam industri nyanyian Singapura pada usia 16 tahun. Ketika itu, beliau telah dinobatkan sebagai juara program realiti TV dan berjaya memperoleh hadiah berupa wang tunai SG$10,000 dan kontrak rakaman bersama Sony BMG.
Penyanyi berdarah kacukan Melayu-Arab ini juga telah merakamkan empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016).
Antara lagu-lagu popular nyanyian Aliff adalah Sayang Sayang yang menjadi siulan ramai remaja ketika itu, Cinta Arjuna, Cinta, Jangan Ganggu Pacarku, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.
Aliff juga terkenal sebagai pelakon bagi drama popular antaranya Halalkan Hati Yang Aku Curi, Meh Sandar Pada Aku dan Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Atas penglibatannya dalam pelbagai lakonan drama dan telefilem, Aliff juga pernah tercalon sebagai Pelakon TV Lelaki Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017.
Aliff juga akui ibarat hidup semula selepas dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim ke-8.
Beliau sangat bersyukur dapat menyertai program tersebut kerana ia mampu memberi peluang kepada Aliff untuk menyerlahkan bakat nyanyian dalam pelbagai genre.
Dalam program Gegar Vaganza 8, Nikki Palikat menyusul pada kedudukan naib juara dan Suki Low pada tempat ketiga.
Kini, Aliff Aziz berentap sekali lagi bersama para juara Gegar Vaganza dari musim pertama hingga ke-9 dalam program All Stars Gegar Vaganza.
Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Aliff Aziz, jangan lupa untuk ikuti laman Instagramnya iaitu @iamaliffaziz.