Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof
Biodata Ira Kazar
Pelbagai kontroversi hangat membuatkan nama Ira Kazar tular di kalangan warganet. Nama anak gadis pelakon popular, Kazar ini juga sering disebut sebagai punca pergolakan rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Sebelum terpalit dalam kontroversi dengan Syamsul Yusoff, gadis ini pernah menjadi topik sensasi di media sosial apabila videonya bergelek tular pada tahun 2016.
Nama Ira kian mendapat perhatian netizen apabila pengarah filem Mat Kilau tersebut membuat kenyataan pada 6 Januari 2023 tentang pernikahan keduanya secara umum di media sosial.
Pernikahan yang berlangsung di Thailand itu turut berlangsung dengan kehadiran Kazar sebagai wali. Dalam kenyataan tersebut, Syamsul turut menegaskan bahawa Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah.
Sedang pelbagai kisah sensasi tular ketika ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang kini sah bergelar sebagai isteri kedua Syamsul Yusof dan madu kepada Puteri Sarah ini.
Jadi, kami akan kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang gadis yang menjadi tumpuan warganet Malaysia pada waktu ini.
Baca Juga : Keputusan Gegar Vaganza 2022 & Juara Konsert Akhir
Biodata Ira Kazar
Nama Penuh : Faghirah Fatini binti Kazaruddin
Umur : 28 tahun (2023)
Nama Komersial : Ira Kazar / Ira Kaza
Asal : Kampar, Perak
Ibu Bapa : Kazaruddin Sais (Kazar) bapa, Rashidah Latiff (ibu)
Adik Beradik : Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff (Anak ke-4 daripada 5 beradik)
Kerjaya : Pelakon, Influencer
Instagram : @irakaza
Penglibatan Ira Kazar Dalam Bidang Hiburan
Kebanyakan netizen mengenali Ira sebagai influencer atau pempengaruh di media sosial seperti TikTok dan Instagram. Namun, tahukah anda yang Ira Kazar juga pernah libatkan diri dalam bidang hiburan.
Menerusi beberapa portal hiburan, Ira juga dilaporkan pernah menyertai uji bakat Akademi Fantasia 2016.
Walaupun ramai yang tahu bakat bapa Ira dalam bidang lakonan, rupanya beliau juga pernah berlakon sebagai satu watak sampingan dalam satu drama bersama Ain Edruce, Sharifah Shahirah dan Zila Bakarin.
Perkara ini telah dikongsikan oleh salah seorang netizen menerusi laman media sosial TikTok.
Begitulah serba sedikit biodata Ira Kazar yang dapat kami kongsikan. Sama-sama kita nantikan perkembangan bagi kontroversi hangat yang melanda Ira Kazar dan menjadi buah mulut warganet ketika ini.