Biodata Syamsul Yusof, Pengarah dan Pelakon Popular

Biodata Syamsul Yusof

Sejak kisah pernikahannya bersama Ira Kazar di Thailand, nama Syamsul Yusof sering menjadi bualan hangat netizen.

Beliau yang masih bergelar sebagai suami Puteri Sarah ini nampaknya masih belum lekang daripada pelbagai kontroversi.

Meskipun namanya sering menjadi buruan wartawan dan topik perbualan warganet, namun pasti masih ramai yang belum mengenali pengarah yang popular dengan gelaran Six Million Dollar Man ini.

Jom kenali pengarah, pelakon dan penyanyi popular ini dengan menyemak biodata Syamsul Yusog yang akan kami kongsikan.

Baca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof

Biodata Syamsul Yusof

Biodata Syamsul Yusof

Nama Penuh : Mohd Syamsul bin Mohd Yusof

Nama Gelaran : Syamsul Yusof

Tarikh Lahir : 21 Mei 1984

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Umur : 39 tahun (2023)

Ibu Bapa : Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail

Adik Beradik : Empat orang – Faizal Yusof, Syamsul, Syafiq Yusof, Nur Syamin

Pendidikan : Bidang Penyiaran dan Kewartawanan, Akademi TV3 (Kini dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia -MIIM)

Pekerjaan : Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi

Isteri : Puteri Sarah Liyana (berkahmwin pada 8 Mac 2014) dan Ira Kazar (berkahwin pada

Anak : 2 orang (Syaikul Islam dan Sumayyah)

Instagram : @syamsulyusoffilm

Biodata Syamsul Yusof

Perjalanan Karier Syamsul Yusof

Syamsul mula menceburkan diri dalam bidang lakonan pada usia 14 tahun. Ketika itu, beliau diberi peluang untuk memegang watak sampingan dalam filem Maria Mariana II arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Lima tahun kemudian, beliau mengambil langkah untuk lebih serius dalam bidang perfileman sebagai pelakon dan pengarah bagi beberapa drama bersiri di RTM dan TV3 seperti Gerak Khas, Sembilu Kasih, Airmata Maria dan Tragedi Oktober.

Mula aktif mengarah filem pada tahun 2007, karya Syamsul Yusof mendapat sambutan hangat penonton tempatan sehinggam mencetuskan fenomena.

Antara filem yang cukup sebati dengan Syamsul adalah Evolusi KL Drift, Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat : Perjanjian Syaitan, KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, Munafik 1 dan 2, Mat Kilau.

Daripada filem yang dihasilkan, Syamsul cukup popular dengan trademarknya yang sering membawa watak gangster atau samseng.

Selain mengarah, beliau juga berpengalaman sebagai pelakon dalam beberapa filem seperti Gila Gila Pengantin Popular, SAM : Saya Amat Mencintaimu, Abang Long Fadil, Mat Moto, Desolasi, KL Special Force, Blok 404.

Di samping itu, beliau turut aktif dalam lakonan drama bersiri seperti Gerak Khas, Tanah Kubur dan Evolusi KL Drift.

Memiliki suara yang unik, Syamsul Yusof juga pernah merakamkan beberapa lagu bersama penyanyi popular seperti Kalah Dalam Menang (duet bersama Mawi), Bukan Propaganda (bersama Mawi), Senorita (bersama Dato’ AC Mizal dan Shuib Sepahtu), Selamat Tinggal Masa (bersama Black Hanifah) dan Menangislah (bersama Mawi).

Bakat beliau dalam bidang lakonan dan penerbitan filem terbukti apabila Syamsul dinobatkan sebagai penerima pelbagai anugerah berprestij antaranya Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57, Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30, Anugerah Khas PFM Anugerah Blokbuster 2012 dan banyak lagi.

Beliau kini dikhabarkan sedang dalam proses penggambaran filem terbaharu yang juga bertemakan gangster. Sama-sama kita nantikan karya terbaharu daripada Syamsul Yusof.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai pengarah filem popular ini, jangan lupa ikuti laman Instagram beliau, @syamsulyusoffilm

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!