Biodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council

Biodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council

Drama bersiri Projek : High Council mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar drama tempatan. Selain jalan ceritanya yang menarik, ramai yang memuji barisan pelakon-pelakon baharu yang cukup menjiwai watak yang diberikan.

Antara watak yang mendapat perhatian warganet adalah Kahar yang terkenal sebagai ‘Kapla High Council’ lakonan beliau.

Memang tak dinafikan lakonannya sebagai pelajar senior yang nakal dan dominan di kalangan pelajar asrama lelaki cukup menyerlah.

Biodata Amir Ahnaf

Sejak drama tersebut menjadi tular di media sosial, ramai yang mengakui aura serta bakat luar biasa yang dimiliki pelakon berusia 23 tahun ini.

Tanpa melengahkan masa, jom kita semak biodata Amir dan serba sedikit latar belakang pelakon muda yang berbakat ini.

Baca Juga : Biodata Nadhir Nasar : Pelakon Projek High Council

Biodata Amir Ahnaf

Biodata Amir Ahnaf, Pelakon Projek : High Council

Nama Penuh : Muhammad Amir Ahnaf bin Mohd Khairudin

Nama Komersial : Amir Ahnaf

Tarikh Lahir : 17 Februari 2000

Umur : 23 tahun (2023)

Tempat lahir : Kuala Terengganu

Adik beradik : Anak pertama daripada 9 orang adik beradik.

Pendidikan :

  • Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu
  • Universiti Pelajaran Sultan Idris (UPSI) – Diploma Reka Bentu & Pembangunan Permainan (Games Development).

Perjalanan Karier Amir Ahnaf

Bakat Amir dalam bidang lakonan diwarisi daripada ibunya yang dikatakan seorang bintang teater.

Bukan sahaja pandai berlakon, malah Amir Ahnaf juga memiliki bakat bermain gitar dan menyanyi.  Beliau sangat meminati bidang nyanyian sehingga pernah menubuhkan band sendiri sewaktu di bangku sekolah.

Amir juga gemar menghasilkan kandungan nyanyian cover kepada pengikut laman media sosialnya.

Berbekalkan minat serta bakat yang ada, Amir memberanikan diri untuk menyertai ujibakat program realiti popular, Hero Remaja.

Sejak tahun 2020, Amir Ahnaf dikatakan telah menyertai ujibakat Hero Remaja sebanyak empat kali sebelum berjaya menduduki senarai Top 12 dalam Hero Remaja 2021.

Meskipun tidak berjaya ke pusingan separuh akhir, namun pengalaman yang diperoleh dalam program tersebut sedikit sebanyak telah menjadi batu loncatan buat Amir untuk menceburkan diri dengan lebih aktif dalam bidang lakonan.

Antara peserta lain yang turut bertanding pada tahun yang sama dengan Amir Ahnaf adalah Mierul Aiman, Alif Haiqal, Afiq Hamidon, Aryan Naim, Aqil Taqee dan Zaid Erakad.

Selain Projek : High Council, Amir juga pernah membintangi beberapa drama bersiri seperti Perempuan Itu, Akim dan Mira – Kisah Cinta 1999 dan telefilem hierarki.

Daripada 3,300 pengikut, akaun Instagram Amir Ahnaf kini mencecah sehingga lebih 275,000 pengikut susulan fenomena drama bersiri Projek : High Council yang melanda negara.

Selepas bahang Projek : High Council, ramai yang tak sabar menantikan penampilan Amir Ahnaf di kaca TV.

Kini, Amir sedang melakukan penggambaran bagi drama Scammer Geng Marhaban terbitan Astro Gempak. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Raja Azura dan Ozlynn Waty.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Amir Ahnaf, jangan lupa untuk ikuti laman instagram @amir.ahnaff .

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!