Pengeluaran Berkala KWSP Secara Bulanan Pesara

Pengeluaran KWSP berkala bagi usia persaraan 55 tahun atau pengeluaran secara “lump sum” seperti biasa.

Terbaru Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencadangkan agar pengeluaran secara berkala atau bulanan dijadikan mandatori sebaik pencarum berusia 55 tahun.

Perkara itu dibangkitkan oleh CEO KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Menurut beliau pengeluaran berkala akan memberi peluang kepada ahli KWSP bagi menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.

Selain itu juga, ia bakal memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan berdasarkan baki simpanan sedia ada.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan tersebut dan menyerahkan kepada keupayaan KWSP.

Cadangan Pengeluaran Pasca Persaraan Berkala KWSP

Pengeluaran Berkala KWSP

Disebabkan perkara mengenai pengeluaran persaraan berkala KWSP ini masih di peringkat perbincangan, berikut penjelasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai cadagan tersebut ;

  • Untuk ahli semasa, kaedah pengeluaran pada umur persaraan tetap mengikut kaedah yang sedia ada. pengeluaran berkala hanya terpakai untuk yang memilih secarasukarela
  • Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010. Cadangan ini masih diteliti dan tarikh pelaksaaan masih belum ditentukan
  • Kebanyakan negara lain telah beralih kepada mekanisme sebegini. segelintir negara yang masih mengamalkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim umpama pencen pada peringkat nasional

Fakta Megenai Pengeluaran Berkala KWSP

Disebabkan telah tersebarnya berita yang bertentangan dengan maklumat yang di keluarkan oleh pihak KWSP, berikut fakta dan maklumat terkini yang sahi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ;

Tarikh kuat kuasa pengeluaran berkala ksp belum lagi di kuat kuasakan. Malah KWSP telah menyatakan penguatkuasaan akan melibatkan penggantian generasi. Ini bermakna kaedah ini hanya akan diguna pakai untuk ahli baharu sahaja dan masih secara sukarela untuk ahli semasa

Mekanisme umpama pencen : Kebanykaan negara lain telah berahlih kepada mekanisme ini, termasuk Singapura. Segelintir negara masih membenarkan pengeluaran penuh turut mempunyai skim seumpama pencen di peringkat nasional

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusiklan dan pertanyaan mengenai Pengeluaran berkala KWSP, anda juga boleh mendapatkan maklumat yang tepat dengan melayari website https://www.kwsp.gov.my/

Masa Operasi Panggilan: Isnin – Jumaat 8.30 pagi ke 4.30 petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!