i-Akaun KWSP : Cara Pendaftaran & Semakan Penyata Secara Online

i-Akaun KWSP : Pendaftaran & Semakan Penyata Secara Online

Seiring dengan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA20, pasti ramai yang ingin membuat pengeluaran atau pinjaman di akaun 2 KWSP masing-masing.

Tak kurang juga pasti ramai yang ingin buat semakan penyata akaun secara berkala memandangkan gaji dicarum oleh majikan pada setiap bulan.

Ingin tahu cara untuk mendaftar dan membuat semakan penyata KWPS secara online? Jom ikuti perkongsian daripada kami.

Baca Juga : Pinjaman KWSP Bercagar – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Cara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP

Sebelum kita pergi ke kaedah pendaftaran i-Akaun, ayuh kita lihat beberapa kaedah pendaftaran untuk menjadi ahli KWSP.

i. Pendaftaran Automatik Oleh Majikan

Apabila gaji pekerja dicarum buat kali pertama, ini akan menjadikan pekerja sebagai ahli KWSP secara automatik.

Pendaftaran ini dilakukan atas nama serta nombor MyKad anda seperti yang tertera dalam Borang KWSP 6 (Borang A).

Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ii. Pendaftaran di Kaunter

Ahli juga boleh mendaftar di mana-mana kaunter KWSP. Sekiranya pemohon bukan warganegara Malaysia atau pengesahan gagal, pemohon perlu mengisi Borang KWSP 3. Notis dengan nombor ahli KWSP akan dihantar kepada ahli sebaik pendaftaran diluluskan.

iii. i-Akaun Majikan

Majikan juga boleh mendaftarkan pekerja sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (majikan) menggunakan maklumat pekerja.

Sebaik pendaftaran berjaya, pekerja akan menerima notis beserta nombor ahli KWSP.

iv. Kiosk

Selain itu, anda juga boleh mendaftar sebagai ahli di kiosk KWSP berdekatan menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.

Anda akan menerima notis serta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.

Selain pekerja makan gaji, keahlian KWSP juga terbuka kepada yang bekerja sendiri. Untuk menjadi ahli, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.

Kemudahan i-Akaun KWSP

Ahli KWSP yang telah mendaftar boleh membuat pendaftaran KWSP Online menerusi i-Akaun.

i-Akaun menawarkan pelbagai kemudahan bagi pengurusan akaun KWSP secara atas talian antaranya :

  • Kemaskini profil peribadi
  • Semak kelayakan pengeluaran
  • Semak baki simpanan
  • Semak penyata KWSP
  • Semak rekod caruman
  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun
i-Akaun

Cara Mendaftar / Aktifkan i-Akaun (KWSP Online)

Langkah-langkah untuk mendaftar i-Akaun adalah seperti berikut :

  1.  Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  2. Layari laman web www.kwsp.gov.my
    1. Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
    1. Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, tetapkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
i-Akaun

Cara Daftar i-Akaun Online (View Mode)

Tak sempat untuk ke kaunter atau pejabat KWSP? Jangan risau, anda juga boleh membuat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (waktu operasi : 8 pagi-5 petang).

Bagaimanapun, i-Akaun (view mode) ini hanya terhad kepada kemudahan berikut :

  1. Semakan Baki Akaun
  2. Semakan Caruman Semasa
  3. Semakan Profil
  4. Semakan Sejarah Pengeluaran
  5. Semakan Kelayakan Pengeluaran
  6. Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
i-Akaun

Nota : Untuk mendapat akses penuh bagi kemudahan i-Akaun seperti reset kata laluan, e-pengeluaran, penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, sila hadir ke kiosk/kaunter di cawangan KWSP terdekat bagi pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.

Cara Semak Penyata KWSP Online

Ahli KWSP yang telah mendaftar i-Akaun boleh membuat semakan penyata KWSP secara online melalui langkah-langkah berikut :

  1. Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  2. Klik tab ‘Akaun Peribadi’.
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.

Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci.

Selain itu, anda juga boleh semak penyata bagi tahun sebelumnya. Penyata ini boleh dicetak untuk digunakan sebagai dokumen sokongan dalam pelbagai urusan seperti pinjaman perumahan dan sebagainya.

Aplikasi i-Akaun KWSP

Selain melalui laman web KWSP, anda juga boleh akses i-Akaun dengan lebih pantas menerusi aplikasi di pautan berikut :

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran i-Akaun, sila ke pautan http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!