MyKasih Kapital, Bantuan Modal Perniagaan RM1,000 Khas Untuk Wanita

MyKasih Kapital, Bantuan Modal Perniagaan RM1,000 Khas Untuk Wanita ~ Tahukah anda, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah melalui pelaksanaan Program MyKasih Kapital. 

Melalui program ini, sesiapa yang berkelayakan akan menerima insentif yang merupakan bantuan asas modal perniagaan. Selain itu, program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian turut diberikan. 

Program ini dijangkakan akan memberi memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini. 

Program Bantuan MyKasih Kapital

MyKasih Kapital

Untuk pengetahuan anda, Program Bantuan MyKasih Kapital adalah merupakan salah satu ini inisiatif tambahan pihak kerajaan untuk membantu para wanita khasnya bagi menjana pendapatan secara atas talian. 

Program ini telah mula dilaksanakan bermula pada 8 Mac 2021 yang lalu sempena Sambutan Hari Wanita dan kini akan ditambah baik melalui Bajet 2022. 

Program Bantuan MyKasih Kapital ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Melalui program ini, insentif tambahan berbentuk suntikan modal perniagaan maksimum RM1, 000 akan diberikan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita.

Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship dan lain-lain perniagaan.

 Objektif Program Bantuan MyKasih Kapital 

Menurut laman web rasmi Yayasan Kebajikan Negara, berikut ialah antara objektif program bantuan ini: 

  • Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  • Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  • Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan Pemohon

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Program ini khusus buat golongan wanita sahaja
  • Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  • Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  • Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  • Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Cara Memohon

  1. Layari laman web rasmi Yayasan Kebajikan Negara di pautan berikut: https://yknm.org.my/bantuan-mykasih-kapital/
  1. Ikuti arahan selanjutnya yang dipaparkan. 
  1. Pemohon yang layak akan dihubungi secara berperingkat oleh pihak urus setia bagi mengikuti kursus keusahawanan yang telah disediakan.

*Makluman: Permohonan baru belum lagi dibuka. Maklumat terkini akan dikemas kini. 

Sekiranya anda pernah memohon sebelum 19 April 2021, anda boleh semak status permohonan anda di pautan berikut:  https://forms.gle/KRCPCERDDuqRk2Xm9

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
Aras 8, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya.

Tel: +603-8323-2451
Faks: +603-8323-2062
Emel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!