Pendaftaran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)
Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan orang ramai yang ingin mengambil bahagian sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) untuk seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut.
Untuk makluman, SUKA ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.
Pelaksanaan SUKA ini akan melibatkan sebanyak 56 DUN di seluruh Negeri Selangor dan orang ramai yang ingin menyertai boleh membuat permohonan secara atas talian atau melalui QR Kod yang disediakan.
Manfaat Ditawarkan
Terdapat beberapa manfaat yang ditawarkan kepada orang ramai yang menyertai SUKA seperti:
- Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) (terhad kepada 1000 pendaftaran terawal dan tertakluk kepada terma dan syarat).
- Kit Sukarelawan – Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPE
- Latihan percuma secara berkala
Syarat Pendaftaran
Bagi orang ramai yang berminat untuk menyertai, mereka perlu menepati syarat-syarat pendaftaran iaitu:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan pendaftaran berikut iaitu https://bit.ly/SUKA2021.
- Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul sebelum menghantar permohonan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
SUKA ialah Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor yang berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.
Ya. Program akan dilaksanakan di 56 buah DUN di seluruh Negeri Selangor dan orang ramai dialu-alukan untuk menyertainya.
Terdapat beberapa manfaat yang akan diterima antaranya Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS), kit sukarelawan dan latihan percuma secara berkala.
Tidak. Orang ramai yang ingin menyertai mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai SUKA, sila hantar email ke alamat [email protected]