BMT RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh 2022 Pekebun Kecil
Permohonan BMT Risda atau Bantuan Musim Tengkujuh 2022 untuk Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan BMT 2022 secara dalam talian sepenuhnya mulai 5 Mei 2022. Bantuan ini merupakan antara satu insiatif kerajaan untuk membantu pekebun kecil dalam bajet 2022
Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA
Ianya merupakan bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM600 yang akan di bayar sebanyak dua kali pada bulan November 2022 dan Disember 2022. Bantuan ini adalah untuk meringankan sedikit beban para Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA dan terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim tengkujuh pada penghujung tahun.
Tarikh Permohonan
Permohonan BMT Risda 2022 boleh dibuat mulai 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022
Syarat Kelayakan
- i) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah
- Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.
- ii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
- Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
Definisi Berdaftar Dengan RISDA Untuk Permohonan BMT RISDA 2022
- Pekebun Kecil teleh tersenarai di dalam sistem e-SPek
- Bagi pekebun kecil yang tiada di dalam senarai Sistem e-SPek, pengisian borang permohonan BMT 2022 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA
- Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Sistem e-Spek, pengisian borang permohonan BMT 2022 dikira berdaftar dengan RISDA
- Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadau oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersil dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA
- Bagi Pekebun Kecil dibawah Agensi, pengisian borang permohonan BMT beserta surat pengesahan daripada Agensi di bawah di kira berdaftar dengan RISDA iaitu ;
- Lembaga Getah Malaysia (LGM)
- Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
- FELCRA
- KESEDAR
- KETENGAH
- Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan
Cara Mohon
Permohonan boleh di buat secara atas talian di laman website https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut:
- Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:
- Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
Selain permohonan secara dalam talian, permohonan BMT 2022 dari kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan dimana-mana Pusat Tanggungjawab RISDa yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.
Semakan Status
Semakan status permohonan BMT boleh dibuat menerusi Portal Pekebun Kecil risda
Rayuan
Permohonan yang tidak layak boleh membuat rayuan mulai 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022
Makluman Kepada Pemohon BMT RISDA 2022
Semua pemohon perlu mengetahui tarikh-tarikh penting, membaca syarat-syarat yang berkaitan dan memastikan akaun bank sentiasa aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Sila dapatkan maklumat yang betul dan sahih mengenai BMT 2022 daripada Pihak RISDA sahaja.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2022, anda boleh hubungi ;
Bahagian Produktiviti dan Pemasaran,
Tingkat 6, Ibu Pejabat RISDA,
KM7, Jalan Ampang
Karung Berkunci 11067, 50990
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hotline BMT2022 : 03-42510171
Email : [email protected]
Website : www.risda.gov.my
Soalan Lazim
Bagaimana Cara Untuk Memohon Bantuan Musim Tengkujuh?
Permohonan boleh di buat secara atas talian di laman website https://pekebunkecilmakmur.com.my/
Selain permohonan secara dalam talian, permohonan BMT 2022 dari kategori Pekebun Kecil juga boleh membuat permohonan dimana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran manakala bagi permohonan Penoreh Bukan Pemilik hanya boleh dibuat di Pusat Tanggungjawab dimana kebun yang ditoreh itu berada.
Bilakah Tarikh Tutup Permohonan BMT RISDA 2022?
Permohonan boleh dibuat mulai 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022