Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM 2022 Sehingga RM10,000

Berita baik, permohonan bagi bantuan peralatan perniagaan bagi golongan asnaf dan fakir miskin negeri Melaka boleh di buat di pejabat cawangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)


Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka mengalu-alukan permohonan bagi warganegara Malaysia beragama islam penduduk asal dan bermastautin di Melaka yang layak untuk memohon bantuan ini

Baca juga : Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin

bantuan peralatan perniagaan maim 2022

Bantuan ini termasuk berbentuk peralatan perniagaan seperti khemah, meja lipat, kerusi, mesin jahit dan sebagainya.

Jumlah bantuan dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak. Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.

Mereka yang layak menerima bantuan ini juga tidak dikenakan bayaran balik

Tarikh Permhonan

Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun

Syarat Umum Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
  • Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
  • Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM

Cara Mohon Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM

  • Borang boleh didapati di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM
  • Isi borang permohonan dan lengkapkan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.
  • Hantar permohonan ke Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka

Dokumen Yang di Perlukan

  • Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia
  • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
  • Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
  • Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
  • Sebut Harga Alat Perniagaan

Dokumen Sokongan

  • Gambar Perniagaan / Produk Jualan
  • Kertas Kerja Perniagaan
  • Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap. Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja) 

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permhonan Bantuan Perniagaan MAIM 2022, anda boleh layari website https://maim.gov.my/ atau hubungi talian 06-2868109 atau 011-58914140

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!