Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Ushawan B40 & Pelajar IPT Sepenuh Masa

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM dilancarkan pada 15 Februari 2021 dan diperluaskan kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan.

SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa

Baca juga : Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Pengecualian Fi Pendaftaran Perniagaan

Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut ;

 (a)   Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;

 ​(b)  Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan

 ​(c)   Cetakan maklumat – RM10.

Syarat dan Kelayakan

Kategori Usahawan Kumpulan B40:

(a)    Pemegang MyKad/MyPR

(b)   Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

(c)    Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan

(d)   Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa

a)    Pemegang MyKad/MyPR

(b)   Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

(c)    Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan

(d)   Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Permohonan

Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan di perkara 4

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my. Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online, kemudian hadir di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti pemilik bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online. Sila rujuk Tatacara Pengguna Ezbiz Mendaftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin. Sila lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:

Dokumen Diperlukan

Usahawan Kumpulan B40:

(a)    Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang); dan

(b)   Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :

(i)    Permohonan bantuan pinjaman/ geran perniagaan; atau

(ii)   Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau

(iii)  Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau (iv)  Lain-lain dokumen yang berkaitan

Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa

(a)    Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);

(b)   Salinan kad pelajar; dan

(c)    Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda, ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ,anda boleh hubungi pusat panggilan SSM di

Nombor telefont 03-77214000 atau

emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!