MARA : Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022
Bertia baik, khas untuk usahawan teknikal, satu Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau PUTEK 2022 telah di perkenankan menerusi bajet 2022. Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa generasi muda yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kemahiran untuk memohon menyertai program ini.
Mereka yang layak untuk menyertai program ini, akan menerima pembiayaan sehingga RM500,000 tanpa cagaran dan kadar keuntungan sifar. Belia yang berminat untuk menyertai program ini, boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2022
Apakah Itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
- Ianya merupakan program yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk memulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki.
- Kemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.
Syarat-Syarat Permohonan
Syarat-syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-60 tahun
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Syarat-syarat Khusus
- Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta
Baca juga : Tekini Jawatan Kosong Guru MARA 2022 Pelbagai Bidang
Skop Pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) Merangkumi:
- 60% pembiayaan
- 40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)
- Tempoh pembiayaan – 1-5 tahun @ 12-60 bulan
Had Pembiayaan
Pembelian mesin dan peralatan
- Minima: RM3,000.00
- Maksimum:RM500,000.00
Modal Pusingan
- 3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terenda
Cara Mohon
Permohonan secara dalam talian di pautan https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut dan pertanyaan mengenai Program Usahawan Teknikal (PUTEK), anda boleh hubungi nombor telefon 03-26132000 atau menerusi emel [email protected]
Baca juga : TUBE : Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera PEMERKASA Tahun 2022