Bantuan NADMA : Kuarantin Covid RM100 – RM1400

Permohonan bantuan NADMA Kuarantin Covid. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ada menyediakan bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19.

Sekiranya anda dikuarantin, anda bolehlah membuat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.

Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya bagi data kuarantin/ wad/ kematian sebelum diluluskan.

Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.

Bantuan Nadma Kuarantin Covid

Bantuan Khas Kuarantin NADMA akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:

  • RM100 sehari.
  • Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum).
  • Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400.
bantuan nadma kuarantin covid

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19.

Pemohon Yang Tidak Layak:

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one- off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan

  1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuan- khas-covid-19
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
    • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
  2. Permohonan lengkap dihantar melalui cara berikut ATAU pos ke NADMA di alamat:-

i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan tidak akan dijawab); atau

ii. Email ke [email protected] atau

Atau alamat pos ;

Ketua Pengarah,

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

i.Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);

ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

** Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan tidak dinyatakan di laman web NADMA.

Difahamkan bantuan ini masih berlangsung selagi ia tidak diumumkan kerana terkini, pada awal bulan 7 ia masih diwar-warkan oleh pihak NADMA melalui portal berita tempatan.

Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini tentang tarikh tutup bantuan ini.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Semakan kelulusan

Semakan kelulusan bantuan, boleh disemak secara online menerusi pautan berikut ;

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan

Artikel berkaitan :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *