Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP

Permohonan kemudahan i-Citra KWSP iaitu pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpnanan Pekerja (KWSP) sehingga RM5,000 kini telah dibuka kepada para pencarum mulai 12 Julai 2021.

Kemudahan i-Citra KWSP sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi pengumuman Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.

Matlamat kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP diperkenalkan adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada pencarum yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Justeru itu, para pencarum boleh membuat permohonan i-Citra KWSP mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021 secara atas talian.

Syarat Kelayakan

Para pencarum yang ingin memohon kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  2. Ahli mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Amaun Boleh Dikeluarkan

Menurut KWSP, amaun kelayakan pengeluaran bagi kemudakan i-Citra adalah maksimum RM5,000.

Ini bermaksud bayaran bulanan akan dibuat sehingga 5 bulan dan jumlah maksimum pengeluaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.

Pengeluaran minimum pula adalah RM50 dan para pencarum perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

Berikut adalah senario dan contoh bagi pencarum mendapatkan gambaran yang lebih jelas:

Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4
Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947
Bayaran Pertama1,0001,0001,000940
Bayaran Kedua1,0001,0001,000
Bayaran Ketiga1,0001,0001,000
Bayaran Keempat1,0001,000
Bayaran Kelima1,000510

Cara Membuat Permohonan

Para pencarum yang ingin membuat permohonan i-Citra KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila portal rasmi i-Citra di pautan https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Masukkan no. kad pengenalan dan no telefon bimbit yang aktif.
  3. Klik butang ‘Teruskan.’
  4. No OTP yang akan dihantar melalui SMS ke no telefon bimbit yang dimasukkan.
  5. Masukkan nombor OTP tersebut dan klik butang ‘Sahkan OTP.’
  6. Jawab soalan keselamatan jika diperlukan.
  7. Kemudian, pilih amaun pilihan. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000 bergantung kepada baki akaun.
  8. Gerakkan slide pilihan berbentuk bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
  9. Paparan jadual bayaran akan dipaparkan. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan.
  10. Klik butang ‘Teruskan.’
  11. Lengkapkan maklumat permohonan iaitu:
    – Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    – No MyKad
    – No telefon bimbit
    – Alamat email
    – Alamat rumah
    – Poskod
    – Bandar
    – Negeri
  12. Lengkapkan maklumat pembayaran yang diperlukan.
  13. Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra dan masukkan nombor akaun bank (simpanan/semasa).
  14. Klik butang ‘Teruskan.’
  15. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran
  16. Tandakan pada kotak Perakuan Terma & Syarat untuk persetujuan.
  17. Tandakan ‘Saya Bukan Robot’ bagi meneruskan permohonan.
  18. Paparan yang tertulis ‘Terima Kasih’ menunjukkan permohonan telah diterima.
  19. Klik butang ‘Cetak & Simpan’ untuk mencetak atau menyimpan rekod permohonan i-Citra.

Pertanyaan Lanjut

Sebrang pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Citra, sila hubungi Hotline i-Citra KWSP di talian 03-8922 4848 atau ‘Ask Elya’ di laman web KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!