Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor

Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Dana Didik Johor bagi tahun 2022 dibuka untuk bayi kelahiran Johor.

Dana Didik Johor merupakan insentif penabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seawal usia bayi sehari kepada anak kelahiran negeri Johor.

Inisiatif Dana Didik Johor merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Kesihatan Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.

Melalui inisiatif ini, setiap bayi kelahiran Johor sepanjang tahun 2022 layak menerima bantuan caruman sebanyak RM 100.

 Dana Didik Johor 2022

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Ibu dan bapa merupakan warga Malaysia. (Keutamaan akan diberikan kepada ibu dan bapa yang lahir di negeri Johor).
  • Bayi dilahirkan di Johor bermula 1 Januari 2022
  • Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan.
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun.

Tempoh Permohonan

  • Permohonan dibuka bermula 1 Januari 2022
  • Permohonan boleh dilakukan dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi.

Tempoh Penerimaan

Pemohon akan menerima resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM 100 daripada pihak PTPTN dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

Cara Permohonan Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor

Ibu bapa yang ingin memohon boleh ikuti carta aliran proses permohonan seperti di bawah :

Borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di negeri Johor mulai 1 Januari 2022.

Ibu bapa yang berkelayakan juga boleh muat turun borang permohonan yang telah dikongsikan di laman YPJ seperti berikut :

  1. Borang Permohonan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
  2. Rekod Penerimaan Borang Permohonan
  3. Borang Pengesahan Pendapatan Ibu dan Bapa

Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan

Selain melengkapkan ketiga-tiga borang di atas, ibu bapa juga perlu kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :

  1. Salinan Sijil Kelahiran Bayi
  2. Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu dan Bapa atau Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu bapa yang tiada slip pendapatan gaji atau tidak bekerja)

Salinan dokumen di atas perlulah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)/ Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

Lokasi Penghantaran Borang Permohonan

Permohonan hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi dalam negeri Johor seperti berikut :

  • Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Renggam
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
  • Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
  • Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, Larkin
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
  • Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
  • Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
  • Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
  • Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
  • Pejabat PTPTN Cawangan Muar
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)

Hantar Permohonan Melalui Emel

Permohonan lengkap juga boleh dihantar melalui emel ke [email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkenaan Dana Didik Johor, sila rujuk Yayasan Pelajaran Johor menerusi laman web, emel dan nombor telefon berikut :

Laman Web Rasmi YPJ

Emel : [email protected]

Telefon : 07-234 4355 atau 07 236 1081

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!