Nur Dhabitah Sabri – Biodata Atlet Terjun Negara

Rakyat Malaysia pasti cukup kenal dengan penerjun sensasi negara, Nur Dhabitah Sabri. Di sebalik senyuman manis dan personalitinya yang ramah, beliau merupakan seorang atlet yang berbakat besar dan telah menjulang nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam sukan terjun air.

Baru-baru ini, atlet berusia 24 tahun ini juga telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul dua anugerah bagi Sukan Asia Hangzhou 2022.

Ayuh kita semak biodata serta pencapaian yang pernah dikecapi oleh atlet sensasi negara ini.

Dhabitah
Dhabitah

Biodata Nur Dhabitah Sabri, Atlet Terjun Negara

Nama Penuh : Nur Dhabitah binti Sabri

Nama Gelaran : Dhabitah, Bitah

Tarikh Lahir : 12 Julai 1999

Umur : 24 tahun (2023)

Tinggi : 152 cm

Tempat Lahir : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Asal : Kuala Lumpur

Pendidikan : Sekolah Sukan Bukit Jalil, Universiti Kebangsaan Malaysia (Program Komunikasi Media)

Adik beradik : 4 orang (anak bongsu)

Suami : Jiggy Masin (berkahwin April 2023)

Dhabitah

Instagram : @dhabitah_sabri

Pencapaian Dalam Sukan Terjun

– Sukan Olimpik 2020 (Tempat ke-4)

– Sukan Olimpik 2016

– Sukan Asia 2018 (1 Perak, 2 Gangsa) & 2014 (Tempat ke-6)

– Sukan Komanwel 2018 (2 Gangsa) & 2014 (1 Gangsa)

– Sukan SEA 2013, 2015, 2017 & 2019, 2022 – Emas

Acara di Sukan Asia Hangzhou 2022

3M Papan Anjal Seirama – Pingat Perak

10M Platform Seirama – Pingat Gangsa

Anugerah

  • Ikon Sukan Wanita Anugerah Ikon Sukan Harian Metro
  • Federal Territories Best Sportswoman
  • SAM-100 Plus Malaysia Most Promising Athlete
  • Ahli Mahkota Wilayah (AMW)

Perjalanan Karier Nur Dhabitah

Memetik Tatler Asia, Nur Dhabitah telah merangkul pingat pertamanya di Sukan Komanwel 2014 bagi acara 10m Platform Seirama bersama Pandalela Rinong. Kemenangan ini sekaligus melayakkan beliau untuk dipilih sebagai skuad terjun negara bagi Sukan Olimpik 2016.

Kemenangan Nur Dhabitah juga mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila beliau berjaya mendapat tempat keempaat dalam acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara 3m papan anjal.

Setahun kemudian, Dhabitah berjaya meraih pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara Sukan SEA Vietnam 2021 bagi acara 1 meter papan anjal.

Yang terbaharu, atlet yang berasal dari Kuala Lumpur itu telah menghadiahkan pingat perak bagi acara 3m papan anjal seirama bersama Ng Yan Yee dan pingat gangsa bagi 10m platform seirama bersama Dato’ Pandalela Rinong.

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Nur Dhabitah, sila ikuti profil Instagramnya di @dhabitah_sabri.

Baca Juga : Aaron Chia, Soh Wooi Yik : Profil & Biodata Pemain Badminton Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!