Akta Kerja 1955 : Pindaan 2022 Berkuatkuasa Januari 2023

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023.

Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata walaupun terdapat permintaan daripada pihak industri bagi memanjangkan tempoh penangguhan, namun terdapat juga keperluan bagi menguatkuasakan akta tersebut.

Pada Ogos 2022, Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023, berbanding perancangan terdahulu yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 September lalu.

Akta Kerja 1955

Antara perkara yang terangkum dalam pindaan tersebut adalah pengurangan tempoh waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh hari dan larangan diskriminasi dalam pekerjaan.

Anda boleh rujuk ringkasan serta penerangan berkaitan Akta Kerja (Pindaan 2022) seperti di bawah.

Akta Kerja 1955

Baca Juga : Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)

Pindaan Terkini (2022/2023) Akta Kerja 1955

Seperti yang kita tahu, Akta Kerja 1955 adalah terpakai kepada pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 berdasarkan Jadual 1 Akta Kerja 1955.

Namun yang terkini, Perintah Kerja (Pindaan Jadual Pertama) 2022 bertarikh 12.8.2022 telah meminda Jadual 1 dengan memasukkan pekerja yang bergaji melebihi RM 4,000 sebulan.

Sebagai majikan mahupun pekerja, apakah perubahan atau pindaan Akta Kerja yang perlu kita tahu?

Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di JTK tanpa mengira tangga gaji.

Gaping gaji RM2000 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan bakal berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023.

Namun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:

  • a. Bayaran Kerja Lebih Masa
  • b. Kerja pada Hari Rehat
  • c. Kerja pada Cuti Am
  • d. Elaun Syif
  • e. Faedah Penamatan Kerja
Akta Kerja 1955

Dengan erti kata lain, sesiapa yang bergaji antara RM 1,500 (gaji minimum) sehinggalah RM 4,000 akan mendapat OT bila jam bekerja lebih dari jam bekerja normal.

Selain itu, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu peka sebagai majikan mahupun pekerja iaitu :

1 Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.

2. Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.

3. Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu:

  • Pelanggaran syarat Kontrak Kerja
  • Misconduct / Salah Laku ( Mesti mengikuti Prosedur yang betul spt. Show Cause Letter Warning Letter, D.I)
  • Syarikat tutup seperti bankrupt.

4. Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi adalah gabungan sebanyak 60 hari. Walaubagaimanapun, melalui Pindaan Akta Kerja 1955, Cuti Sakit (MC biasa) diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi. Kelayakan Cuti Sakit berbayar 14/18/22 hari + Cuti Hospitalisasi 60 hari.

5. Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai 2/3 isteri, pekerja tersebut, hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum 5 anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (PH).

6. Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan 26.

7. Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung Gangguan Seksual. Sebagai contoh jenis gangguan seksual atau langkah2 yang perlu diambil sekiranya mendapat gangguan seksual di tempat kerja.

8. Perakuan Penginapan dikenakan terhadap golongan Ekspatriat.

Soalam Lazim Akta Kerja 1955

Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955
Akta Kerja 1955

Berikut dilampirkan bersama informasi penuh mengenai Akta Kerja 1955 ini yang boleh dimuat turun dalam fail PDF.

Sumber : Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) https://jtksm.mohr.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!