Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop

Platform penstriman filem serta drama bersiri merupakan antara bentuk hiburan yang paling diminati dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain Netflix, Viu dan Iqiyi, Astro juga tak ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan penstriman buat pelanggan setia mereka menerusi aplikasi Astro Go.

Apakah kelebihan yang ditawarkan dalam aplikasi ini dan bagaimanakah cara untuk nikmatinya di telefon pintar dan laptop? Jom kita kenali aplikasi penstriman ini dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Ini Cara Langgan Astro Njoi Melalui WhatsApp & SMS

Astro Go

Apa Itu Astro Go?

AstroGo merupakan aplikasi penstriman percuma yang ditawarkan kepada semua pelanggan Astro.

Dengan adanya aplikasi ini, pelanggan dapat nikmati rancangan serta saluran kegemaran mereka menerusi telefon pintar, tablet dan komputer pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Pelanggan dengan langganan Pay-TV aktif boleh pautkan akaun mereka untuk menonton rancangan On Demand dan saluran Astro.  

Dengan erti kata lain, akses yang pelanggan boleh dapatkan di aplikasi ini adalah bergantung kepada pek langganan yang dibayar secara bulanan.

Untuk makluman, tidak semua rancangan atau saluran akan tersedia di AstroGo kerana tawaran ini tertakluk kepada kontrak serta garis panduan bagi siaran.

Setakat ini, kemudahan ini hanya tersedia bagi pelanggan yang berada di Malaysia sahaja.

Kelebihan Astro Go

1.Kandungan Menarik Untuk Peminat Sukan

Strim perlawanan sukan secara langsung, dapatkan highlight serta statistik permainan serta pelbagai ciri menarik lain.

2. Astro di Poket Anda

Stream rancangan Astro kegemaran anda bila-bila masa, di mana-mana anda berada dengan lebih 65,000 video on demand dan lebih 100 saluran TV daripada 4 peranti berbeza.

3. Cloud Recording

Takut untuk terlepas rancangan kegemaran anda? Rakam sehingga 200 jam program TV yang anda ingin tonton pada masa lapang secara percuma!

4. Pre-akses Untuk Pelanggan Baharu

Aplikasi ini memberikan peluang kepada pelanggan baharu untuk nikmati kandungan menarik sebelum Astro Box dipasang di kediaman.

5. Carian Yang Mudah

Temui program TV atau rancangan yang anda ingin tonton dengan lebih mudah dan pantas. Anda hanya perlu taipkan tajuk rancangan, nama pelakon, pengarah, nama atau nombor saluran.

6. Mainkan Program Dari Mula

Terlepas untuk tonton rancangan kegemaran anda dari mula? Anda hanya perlu mainkan semula (replay) pada bila-bila masa.

Cara Muat Turun

Aplikasi penstriman ini sedia untuk dimuat turun di platform berikut :

Anda bebas untuk muat turun aplikasi ini di smartphone atau tablet. Lebih menarik lagi, anda juga boleh strim menerusi browser di pautan berikut : https://astrogo.astro.com.my/

Muat turun, pautkan akaun Astro anda dan rancangan kegemaran anda sedia untuk dinikmati.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan AstroGo, sila hubungi Astro dengan memberikan butiran anda iaitu nama, Astro ID, nombor telefon dan alamat emel serta senarai informasi pembelian menerusi :

Facebook : fb.com/AstroGO.my

Twitter : @AstroGOmy

Borang maklumbalas laman web : https://www.astro.com.my/contactus/form.aspx

Whatsapp “Hi” ke nombor : +60395433838

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!