Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 atau Program Usahawan Lepasan Insitusi Pendidikan MARA/Belia. Kepada belia graduan lepasan insitutsi MARA yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan boleh memohon pembiayaan ini.
Apa Itu Pembiayaan PUTRA MARA
Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia merupakan salah satu insentif pihak mara untuk memberi galakan dan bantuan kepada bekas pelajar lepasan insitusi pendidikan mara untuk
- Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan
- Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan
Syarat Dan Kelayakan
Syarat Asas
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18-40 tahun
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Perniagaan patuh Syariah
- Bebas dari senarai hitam MARA
Syarat Khusus
- Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik
- Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
- Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
- Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA
Pembiayaan
- Skop
- Modal Pusingan
- Pembelian Mesin dan Peralatan
- Had pembiayan RM10,000.00
- Tempoh pembiayaan 1-3 tahun @ 12-36 bulan
Jaminan /Cagaran
TIADA (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong @reference dikalangan ahli keluarga)
Kadar Keuntungan
0%
Baca juga : DanaNITA MARA : Permohonan 2022 Skim Pembiayaan Perniagaan Perniagaan Khas Wanita RM150,000
Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi website
https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx
Syarat-Syarat Pendaftaran Dan Permohonan Pembiayaan
- No. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL
- No. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)
- No. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN. BHD
- Dokumen Sokongan
[PENTING :Dokumen lengkap mengikut senarai semak dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) / Bahagian Pembiayaan Perniagaan (Pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.]
- Segala kos penyediaan dokumen untuk permohonan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemohon
Maklumat Lanjut
Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan Pembiayaan PUTRA MARA, anda boleh hubungi 03-2613 2000 atau layari website https://www.mara.gov.my/